Wednesday, August 11, 2010

Istimewanya Ramadhan

 Salam Ramadhan....amacam puasa hari ini? larat sampai ke petang tak? hehehe..Harap semoga segalanya dipermudahkan yer...anggap apa yang berlaku hari ni, adalah ujian biasa dalam bulan puasa...cobaan...! :D
Hari ini nak share satu artikel yang berkaitan dengan keistimewaan bulan Ramadhan.Semoga jadi prangsang untuk kita sepanjang bulan Ramadhan ni.InsyaAllah.

Ibnur Manzur telah berkata dalam kitabnya, Lisan al arab bahawa kalimat Ramadhan membawa erti panas yang terik atau batu yang panas kerana terkena sinaran matahari.Ada juga yang mengatakan dinamakan bulan ini dengan nama Ramadhan kerana gugurnya  dosa-dosa seseorang Muslim disebabkan amal ibadah dan perbuatan-perbuatannya yang baik dan mendatangkan pahala.


Allah menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan medan ujian bagi umat islam untuk berpuasa dengan harapan untuk menjadikan seseorang hamba yang bersyukur, bersabar dan bertaqwa kepadaNya.
Di samping itu , Terdapat beberapa keistimewaan bulan Ramadhan:

  • Dijanjikan Syurga.
Rasulullah saw bersabda "Berterusanlah kamu dengan sesuatu yang dapat mengetuk pintu syurga.Maka Sayidah Aisyah r.ha berkata, " Dengan apakah caranya Rasulullah?" Sabda Rasulullah saw " Dengan berlapar (memperbanyakkan puasa)".


  • Ganjaran berganda.
Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda :" Setiap amalan anak Adam adalah baginya, satu kebaikan dibalas dengan 10 ganjaran hingga 700kali ganda".


  • Puasa Hak Allah
Firman Allah swt:"...Dia(orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku.Puasa bagi - Ku dan aku akan membalasnya,. (Riwayat Bukhari)


  • Dimuliakan Allah
Rasulullah saw bersabda:" Dan bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi di sisi Allah swt daripada bau kasturi. " (Riwayat Muslim)


  • Diampunkan Dosa
Nabi saw bersabda:" Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah swt, maka diampuni dosanya yang lalu." (Riwayat Bukhari)

  • Pintu Neraka Ditutup
Diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a berkata:" Rasulullah saw bersabda " Apabila telah masuk Ramadhan, maka pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dibelenggu"

  • Bulan yang diberkati
Nabi saw pernah bersabda: "Sekiranyan umatku mengerti rahsia yang terkandung pada bulan Ramadhan, nescaya umatku mengharapkan agar seluruh tahun menjadi bulan Ramadhan"


Majalah ANIS keluaran Ogos 2010 oleh Ustaz Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al Linggi


3 comments:

ummufatihah said...

Thanks for sharing.. salam Ramadhan..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam ramadhan kak...
semoga hari ini berjalan dgn mudah sekali.
thank`s for sharing...

MysDear said...

Ummufatihah ~ u re welcome. :)

Fiza~ salam Ramadhan juga utk fiza.. :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.