Tuesday, August 3, 2010

Hari kedua dalam minggu ini...

Pengisian hari ini banyak tertumpu di dapur.Aktiviti memasak untuk lunch dan mungkin untuk dinner sekali.Saya tak pasti adakah itu untuk sebagai menjimatkan masa atau tanda-tanda kemalasan.Menu hari ini, sambal terung dan ayam goreng jer...(ayam?? ya , ayam yang masih berbaki dalam peti ais) harapnya selepas ini lebih banyak beli ikan daripada ayam.


Gambar ihsan Google

Hari ini dan bermula semalam, anak-anak menghadapi peperiksaan di sekolahnya.Apabila peperiksaan tiba, yang paling gelisahnya saya berbanding anak-anak saya.Peperiksaan yang berlangsung pagi dan petang, memang agak meletihkan bagi mereka.Kadang-kadang timbul pula rasa kasihan.Tapi tak mengapa, Jumaat ni dah pun selesai peperiksaan tu.Alah bisa tegal biasa....

Tadi suami membawa pengkhabaran berita, kereta kami kena langgar dari sudut sisi tapi scratch kat belakang kereta.Bukan berlaku di jalan raya cuma di tempat parkir kereta.Nasib baik, empunya kereta yang melanggar tadi bertanggungjawab orangnya.Alhamdulillah, musibah kecil jer.Moga terhindar dari musibah yang lebih besar.Aminn...

Oklah..masa untuk berehat seketika....nanti saya bebel lagi...

No comments:



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.