Friday, August 6, 2010

Alas meja makan Baru dan Tikar Baru

Selalunya setiapkali Ramadhan, habit saya sejak dulu lagi ialah suka menukar ganti alas meja makan yang baru.Kalau memula dulu, anak-anak mesti bertanya bernada hairan, mengapa mesti ganti alas meja makan yang baru.Bukan apa, alas meja makan rumah kami biasa nya cepat lusuh dan koyak bercampur comot.Budak-budak katakan... faham-faham jer lah..alas meja makan tu ada yang terkoyak sana terkoyak sini .Jadi, apa salahnya bila tiba Ramadhan saya rasa molek sangat jika alas meja makan itu di tukar ganti.Di samping itu juga sebagai tanda meraikan kedatangan Ramadhan.

Cuma tahun ni, sedikit berbeza, menukar ganti alas meja makan masih dilakukan seperti biasa.Tetapi , Ramadhan kali ini, saya tambah lagi satu alas.Alas atau tikar baru yang besar.Tikar ni saya akan letakkan di ruang tengah rumah dijadikan tempat kami berkumpul untuk meraih keberkatan Ramadhan tak lama lagi.Ruang yang kosong tak berperabot nampak terisilah nanti.




Nampaknya , Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding Ramadhan yang lepas.Bukan hanya meraikannya di meja makan sahaja, tetapi meraikannya di tikar baru kami.

2 comments:

ummufatihah said...

Salam Ramadhan Mai. Semoga kita sama- sama mendapat keberkatan dan beristiqamah sehingga penghujung Ramadhan. Insya'Allah.

MysDear said...

Salam Ramadhan kembali....InsyaAllah...moga terus beristiqamah harapnya. :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.