Friday, August 20, 2010

Adab Bertadarus di bulan Ramadhan

Gambar ihsan:Google



1. Fikiran hendaklah tertumpu kepada ayat yang dibaca.

2.Jika boleh, fahamkan apa yang dibaca.

3.Tinggalkan ingatan pada yang lain, selain dari memahami Al Quran.

4.Anggaplah ayat yang dibaca dituju kepada kita.

5.Hendaklah berusaha supaya suara boleh didengar sewaktu membaca Al Quran.

6.Kerjakan tadarus Al Quran pada malam Ramadhan itu penuh kerelaan.

7.Apabila sampai kepada ayat yang memberi khabar yang menakutkan, datangkanlah pada rasa hati rasa takutkan neraka, azab Allah dan lain-lain.Jika bertemu ayat yang memberi khabar gembira, maka hati kita jadi gembira.

Majalah Anis keluaran Ogos 2010


Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.