Wednesday, August 18, 2010

3 perkara elok dibuat pada bulan Ramadhan

1. Mesti kuat kerja
Kerja melambangkan kesungguhan kita meminta sesuatu daripada Allah swt.Sebagai hamba kita perlu beramal sebanyak mana mungkin yang boleh kerana amalan kita itu dilihat oleh Allah swt.

2. Banyak beristighfar
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sesuai untuk memohon keampunan daripada Allah swt.Selain melakukan ibadah puasa, kita dapat membentuk peribadi.Semasa berpuasa, manusia berada pada keadaan yang sangat lemah dan dalam keadaan itu kita teringat kepada Allah.

3. Bertaubat kepada Allah
Pada bulan ini manusia akan mudah mendapat keampunan dari Allah swt jika benar-benar bertaubat.






Majalah ANIS keluaran Ogos 2010


No comments:



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.