Saturday, July 31, 2010

Syair - syair indah

Tadi saya terjumpa satu buku terjemahan oleh Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al Linggi iaitu syair-syair (Qasidah al Burdah) karangan Imam Al Busairi.Sebelum ni saya ada membeli sebuah buku terkandung syair-syair qaidahnya dalam bahasa arab jer berserta CD.Tapi apabila terjumpa buku terjemahannya, hati saya betul terpaut dengan bait-bait syairnya yang indah.Tersentuh di hati rasanya.Apabila saya mengalunkan syair / qasidah tersebut...seolah-olah saya berada di tempat Imam Al Busairi.Takjub dan kagum dengan karangan beliau.
Terpana seketika mendengar syair-syair indah ni...buat hati jadi sayu dan rawan...bait-bait bahasa nya sungguh cantik dan bermakna.Buat pengetahuan semua, qasidah yang beliau karang merupakan bait-bait syair yang memuji Rasulullah saw.Ketika hati dipenuhi dalamnya cinta dan rindu yang tak terhingga kepada Rasulullah saw, maka tercipta lah Qasidah burdah ini.Saya salin salah satu bab iaitu terjemahan dari bab dua rangkap qasidah burdah beliau..


Bab 2 :Amaran jangan menuruti hawa nafsu yang pandai menipu

Sesungguhnya nafsu Ammarah yang bertapak di lubuk hatiku masih belum mahu menerima nasihat,
kerana jahilnya dari peranan peringatan dibawah oleh uban dan hari tua

Kelihatannya, diriku masih belum berbuat apa-apa persiapan (amal soleh) untuk meraikan tetamu (uban) yang telah lama bertapak di kepalaku dan nampaknya tetamu itu sudah tidak mahu beredar dari situ.

Seandainya aku tahu bahawa aku belum dapat menghormati tetamu tadi (uban),
sudah tentu uban itu akan kututupi dengan warna inai

Siapakah kiranya yang dapat menolongku untuk mengawal keganasan nafsu, sepertimana kuda yang garang itu dapat dikawal dengan tali d hidungnya?

Maka, janganlah engkau sesekali mengharapkan nafsu itu dapat dikalahkan dengan memperturutkan kehandaknya, bagaikan makanan tidak akan dapat memuaskan nafsu makan, bahkan ia akan ketagihan bila diberi makan.

Nafsu itu tak ubahnya seperti anak kecil yang masih menyusui.Kalau dibiarkan ia akn terus menyusu sampai ke tua, tetapi jika engkau berhentikan, ia akan berhenti.

Maka berpalinglah dari hawa nafsumu dan jangan diberikan kesempatan kepadanya untuk menguasai engkau, kerana jika ia berkuasa, sudah pasti ia akan membuta dan menulikanmu.

Jagalah nafsumu baik-baik walaupun ia telah berlegar dalam ruang ketaatan, 
kerana bila ia sudah menguasai suasana ia akan memesongkan tujuan ketaatan.
Maka janganlah engkau lengah dari mengawasinya.

Berapa banyak ia telah menipu orang.
Ia menyajikan makanan yang kelihatan segar, padahal di dalamnya ada racun yang membunuh.Bukankah racun itu selalunya diletakkan pada makanan yang sedap-sedap.

Oleh itu curigalah kamu dari tipu helahnya, sama ada melalui laparatau kenyang, kerana barangkali lapar itu lebih jahat dari kenyang.

Biarlah air mata mu itu kering dari menangisi dosa, kerana sudah sekian lama ia kenyang dengan maksiat..Dan tetapkanlah engkau menjaga penyesalannya (taubat)

Lawanlah nafsu dan syaitan dan jangan engkau turuti keduanya.
Seandainya keduanya menasihatimu, janganlah engkau hiraukan.

Janganlah engkau mengikuti keduanya, sama ada sebagai musuh atau sebagai hakim kerana engkau tahu helah musuh dan permainan hakim.

Aku meminta ampun kepada Allah dari dosa perkataan yang tidak diiringi dengan amalan kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwin dengan orang yang mandul.

Dosaku terlalu berat, kerana aku menyuruh engkau melakukan kebaikan tetapi aku tidak melaksanakannya..Dan aku menyuruh engkau supaya istiqamah (tetap pendirian) tetapi aku sendiri belum tetap pendirian.


Aduhai malangnya nasibku, bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang tak berpuasa kecuali yang wajib sahaja.





2 comments:

ummufatihah said...

Salam Mai..
Jelas sekali sastera pun boleh dijadikan wadah membaiki diri.. :) Thanks for sharing..

MysDear said...

w'ssalam..

Benar..tp mun dalam bahasa Arab kacak gk bunyinya.lagik2 lah mun d alunkan dalam bentuk qasidah.Cuma org mcm kmk tok sik phm bahsa Arab, bila tauk terjemahan nya.MasyaAllah nang cantik! :D
Sesungguh sejak zaman Rasulullah lagi ramai penyair-penyair hebat.Selepas peninggalan Rasulullah juga, Imam Busairi juga merupakan penyair terhebat d zaman beliau.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.