Wednesday, July 28, 2010

Muflis di Akhirat (Nau'zubillahiminzalik )

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu tahu siapa orang muflis? Jawab sahabat, orang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesungguhnya orang muflis daripada umatku ialah mereka yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka dibahagi-bahagi kebaikannya tadi kepada orang-orang itu. Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya, maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim dan Tarmizi)


MysDear - Mohon maaf kepada semua rakan blogger sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara dan terover dalam memberi comment dalam blog kalian.Bimbang juga bercampur takut jika ada kesilapan yang saya sendiri tak sedar yang kadang-kadang melukakan hati kalian.Sekali lagi saya mohon maaf yer :)

4 comments:

Sakinah said...

Salam kak,

nauzubillah..ruginya kalau begitu..

akak takde buat salah kat saya :) saya pun minta maaf klu ada salah silap..

pengumpulhikmah said...

hikmah lagi hari ini, apa boleh saya copy ? , wassalam.

MysDear said...

Sakinah~
w'ssalam...
saling memaafkan yer :)


pengumpulhikmah~ kata2 sy belum lg berhikmah..sekadar kata2 monolog harian sahaja.Kalau dibanding dgn blog saudara :)

Sakinah said...

Salam kak,

Saya minta izin letak ilmu ni dalam blog saya ya.. tq



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.