Thursday, July 22, 2010

monolog bisu

Malam sudah semakin tua..hampir sudah merangkak kembali ke subuh.Saya tidak dapat untuk melelapkan mata.Mata hanya mampu terkebil-kebil menatap skrin laptop saya.Baru selesai membakar muffin di dapur.Cukuplah untuk alas perut anak-anak saya sebelum ke sekolah pagi nanti.

Hmm..lama juga saya biarkan blog ini sunyi tanpa bebelan saya.Cuma mampu saya hidangkan dengan halwa telinga yang mendayu-dayu syahdu menyentuh kalbu.Maaflah, agak sibuk kebelakangan ini, ekoran suami out station seminggu, dan idea pun hilang lesap entah ke mana.Akhirnya, salin dan tampal mana-mana link untuk dijadikan entri.

Sebenarnya, beberapa minggu yang lalu..saya telah bertekad sesuatu.Cuma saya tak tahu, sejauh mana istiqamahnya saya dalam tekad saya itu.Saya biarkan masa yang menentukannya.Saya cuba genggam niat ini bersalut keikhlasan yang jitu.Akhir sekali...tawakkal padaNya....

Mata terasa mengantuk pulak...memang begitu berkesan therapy nya bila bermonolog sendiri...selamat malam..w'ssalam..

5 comments:

Jojoe said...

alolo..takleh tidor sebab rindu cik abang tu..hehehe... mana muffin anis neh??nak bawa bekal ke sekolah...hihi

ummufatihah said...

Boleh kongsi2 apa tekad tu?.. :) Mana tau boleh jadi inspirasi...

MysDear said...

Anis ~ mata x mo tdo..minum nescafe pekat kot..hehe..muffin2 tu ptg tdi licin jer diorg mkn.

ummufatihah ~ InsyaAllah...Panjang umur murah rezki nnt kongsi2kan ye :)

Sakinah said...

Salam kak,

Saya doakan moga akak istiqamah dlm apa yg akak nekadkan tu :)

MysDear said...

w'ssalam sakinah...terima kasih banyak2...moga makbul doa sakinah tu ye :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.