Tuesday, July 13, 2010

Mode:Busy

Dua hari ni, saya telah belajar sesuatu.Belajar jalan baru ke sekolah Nabila.Sebelum ni, suami yang menghantar Nabila ke sekolah.Oleh kerana sekarang dia sedang 'out station' (balik kampung) saya lah yang mengambil alih tugasan dia.Jalan menuju ke sekolah Nabila yang baru ni, tak da lah susah mana berbanding sekolah dia yang lama hari tu.Tak da sangat kesesakan lalu lintas sangat sebab jalannya bukanlah jalan lebuhraya, cuma jalan sekitar taman perumahan kami sahaja.Pagi tadi, sebaik sahaja menghantar Nafisah dan Zubair ke sekolah saya terus menghantar Nabila ke sekolahnya.So, tak payah nak buat dua 'trip' ulang alik.Tapi hari ni saya dapat dan pandai menyesuaikan dengan masa.Yang mana saya tak perlu nak tunggu lama di sekolah Nabila.Almaklumlah, sekolah tadika buka nya lambat sedikit.Lebih kurang 7:45 baru nampak bayang cikgu-cikgunya.

Pagi ni juga, saya sempat membeli sarapan di kedai berhampiran sekolah Nabila tu.Ramai juga pelanggan nya.Pilihan sarapan pun pelbagai.Saya hanya membeli dua nasi lemak berlainan jenis.Satu, nasi lemak tak bersambal (untuk Nabila) dan satu lagi nasi lemak bersambalkan udang (yummy!) hah! itu untuk saya.untuk Nabihah pula, saya belikan dia sebiji donut dan empat biji kuih bakar.Itu pun dia merungut juga, sebab donut yang saya beli bersaiz kecil.Padahal satu donat dan satu kuih bakar jer yang dia makan tadi.Bila tanya, nak lagi ke? dia kata tak nak.Sib baik tak beli dua biji donut, kalau beli jugak tadi saya pasti membazir jer.So sekarang ni, tinggal saya dan Nabihah jer lah kat rumah.Tengahari nanti, Nabila balik menggunakan perkhidmatan van sekolah.Rilek sikit laa..dan hanya petang nanti jer nak pergi ambil Nafisah dan Zubair.

Oklah saya nak undur diri dulu.Kepala pusing-pusing macam gasing.Malam tadi pukul 2:00 pagi saya terjaga.Selepas tu langsung tak dapat lelap sampai pukul berapa pun saya tak pasti.Mata masih lagi mengikut zon waktu Africa Selatan agaknya :P Hari ni saya bertekad nak ubah balik waktu tidur saya.Mungkin selepas ni, nak makan ubat dan tidur-tidur ayam kejap.

wassalam...

6 comments:

blackcardomompods said...

dear,byk kali post comment tp fail..adehhh..

sedap sungguh bila u ckp nasi lemak sambal udang+ donut.Terbayang dulu2,itulah rutin harian before gi keje.

MysDear said...

agaknya blogspot ni x berapa nk elok kot skg ni..

hehehe..memang sedap ct.sok hari saya nak beli lg kt ctu.

ummufatihah said...

Abahnya outstation sambil bukak bisnes air tin... laku ooo... pelanggannya; atok, nenek, ibu ani, ibu ji, bu dah... bla..bla... bla.. :)

MysDear said...

ummufatihah~ jangan nya numtum aik tin dah laa...dikpun baruk jak bait dr sakit.ayoo!

kayteeze said...

Dah okay ke ? Sakit kepala lagi ? Mungkin kena jumpa Doktor.. mana tahu tekanan darah tu tak stabil.

MysDear said...

Kak Tie ~ dah ok skit dah.Mungkin x cukup tdo kot.. tq kak tie :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.