Thursday, July 29, 2010

Menu makan

Hari ni menu ikan kerisi.Lama dah diorang tak makan ikan.Asyik ayam, daging , ayam. pastu daging.Tak pun telur ayam.Alahai..bila bab menentukan menu harian, kepala saya berputar dgn ligat sampai tak tahu menu apa nak dimasak.

Sebenarnya saya tak berapa nak suka anak-anak asyik makan ayam dan daging jer.Pernah masak ikan selain ikan kerisi, tapi sambutan dari anak-anak kurang menggalakkan..Sampai mati akal dibuatnya.Last-last babah diorang pergi beli ayam atau daging bila ke pasar basah.Dengar cerita ayam sekarang ni dah tak elok sangat dimakan melainkan ayam kampung.Sebab ayam sekarang ni kena inject dgn hormon supaya cepat tumbesaran nya.Betul ker? Bila dengar hal tersebut jadi cuak jugak lah jadinya.Kalo dah makan ayam yang siap di inject tu, mesti ada kesan sampingan terhadap anak-anak kita.Nau'zubillah...risau juga dibuatnya.Sekarang ni, tak macam dulu-dulu dah penyakit-penyakit datang bermacam jenis.Rasanya berpunca dari makanan juga lah kot.

Saya harap keluarga kami terhindar daripada penyakit-penyakit yang tak diingini.Nak kongsi satu zikir yang elok di amalkan untuk menghindari penyakit/musibah/mudarat.


بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ

Ertinya :Dengan nama Allah yang bila disertakan (disebutkan) namaNya, seseorang itu tidak akan terkena bahaya (kemudaratan) apa-apa yang berada di bumi dan di langit, dan Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

InsyaAllah, sebagai zikir harian elok sangat jika di amalkan.

Wa'allahu'alam..

3 comments:

kayteeze said...

Salam Dear,

Memang lebih elok makan ikan kerana ia mempunyai zat omega tiga untuk perkembangan otak.

Satu lagi, ayam dah mahal betul. Baru ni je beli seekor RM18. Terkejut suami Tie. Ingat nak cari ayam kampung je, yang lebih sedap dan terjamin tiada suntikan hormon.

luv_hunter said...

ha'ah, ayam mmg derang inject hormon..X silap sy, hormon estrogen kot. Tuh hormon yang normal yg di hasilkan dlam tbuh bdan perempuan..Sbb 2 la kte neh nmpak comey2 chubby2...haha~ Cuba bayangkan kalo laki2 mkan bnyak ayam, bnyak la dapat hormon uh...last2 macam pompuan..hehehe =P

MysDear said...

W;salam Kak Tie,
Terkejut jugak dgr kalo ayam 18ringgit sekor...mahal nya Kak Tie..Tulaa kan makan ikan lebih baik, mayb lepas nie nk biasa2kan diorg mkn ikan.


Eya ~ hehehe...bahya jugak kan...mcm2 jer zmn skg nie...nk kaut keuntungan cepat sanggup buat sesuatu yang boleh menyusahkan org lain.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.