Wednesday, July 7, 2010

Mazmumah vs Mahmudah

Sejenak selepas subuh, saya merenung jauh di tikar sembahyang.Memuhasabah diri untuk seketika.Lantas saya ambil pensel dan kertas untuk mencatitkan sesuatu.Senarai sifat mazmumah vs sifat mahmudah yang tersembunyi dalam diri.Saya harus jujur pada diri sambil pensel laju mencatit senarai kedua sifat tersebut.Arghh..!Ternyata, sifat mazmumah itu mengatasi jumlah banyaknya daripada sifat mahmudah itu sendiri.Saya beristighfar seketika...terasa bagai ada air bertakung di kolam mata.Wajarkah saya mengutuk diri atas kealpaan saya selama ini.? Saya merenung kertas tersebut dengan renungan yang kosong.Fikiran menerawang mengimbas kembali setiap angka usia saya yang telah berlalu.Usia semakin meningkat, amalan sekerat mana untuk dibawa sebagai bekalan.Andainya usia ini dilanjutkan,alhamdulillah.. ..andainya mati menyapa di tengah perjalanan usia bagaimana?? Aduh..gigil dibuatnya..."Ya Allah, berikanlah kami pengakhiran husnul khatimah...juga terimalah amal ibadat kami atas belas ihsanMu"

Lamunan saya tersentak.Jeritan 'alarm' handphone  segera saya matikan.Anak-anak perlu dikejutkan untuk ke sekolah...

3 comments:

dangarumbia said...

Salam Dear,

Tie pun begitu juga. Terlalu sibuk dengan urusan keluarga hingga lupa akan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Takut bila ingatkan amal yang tak seberapa. Dan anak-anak yang juga satu tanggungjawab berat yang harus kita pikul.

Tahun ni umur masuk 44 tahun. Tapi entah apa-apa la pencapaian Tie sebagai seorang Muslim. Insyaallah, sama-samalah kita perbaiki dan top-up ibadah kita yang kurang tu.

Jojoe said...

masih banyak yg perlu diperbaiki dari ni..huhuhuh... xnk "pergi" sebelum cukup amal di dada..

MysDear said...

W'salam..
betul tu kak Tie, banyak benda kita terlepas pandang bila asyik berhadapan dgn rutin harian kita.Saya harap saya dan Kak Tie dapat sama-sama memperbaiki dan mempertingkatkan amal yg ada :)

Joe/ anis ~ semoga kita dpt perbaiki yang ada.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.