Sunday, July 4, 2010

luahkanlah...jangan di simpan.

Saya bukan penulis yang bagus.Bahasa pun tunggang langgang pendek kata 'hancuss'! Menulis di blog ini pun sekadar melepas luahan perasaan yang terbuku di hati.Apabila menulis, saya rasa lega yang teramat sangat.Ini adalah sebagai salah satu 'Therapy' untuk diri saya.Tengok tajuk blog ni pun anda semua dah faham bukan.Mungkin saya tak dapat nak meluahkannya semua, tapi cukuplah sekadar untuk tidak terus disimpan dan dipendam begitu sahaja.Untuk rakan-rakan blogger, teruskan menulis.Jangan disimpan jangan dipendam.Luahkan...

7 comments:

dangarumbia said...

salam ziarah...

Tie selalu juga meluahkan sesuatu dalam blog, tapi.. biasanya orang akan anggap kita merungut atau tak tahu nak bersyukur.. Tu yang rasa kecewa, dan pendam aje...

MysDear said...

Tu terpulang kepada persepsi masing2 kan... kita luahkan apa yang terbuku dengan tujuan meredakan perasaan.Bagi saya, saya tak kisah apa org nak kata.Yang penting saya epi, dan segala kisah dalam blog ni saya simpan buat kenang-kenangan pabila dh tua nanti..mana tau..anak-anak plak bleh baca nnt...hehehe..

Sakinah said...

Salam,

Setuju..bagi saya entri personal contohnya luahan dan tentang keluarga orang lain tetap ada pengajaran yang boleh diambil jika dilihat dari sudut positif. yang penting kita tahu batasan dan jujur.

MysDear said...

w'salam..
a'ah..untuk d jadikan tauladan memang di galakkan.Macm blog Sakinah, memang banyak membuka luas mata akak tentang agama dan budaya kaum lain.Byk info berguna :)

dangarumbia said...

Salam Dear,

Memang gitulah tujuan Tie coret sesuatu, buat pesanan untuk anak-anak....

Err... nak komen tentang template blogspot ni. Macam ada sesuatu yang tak kena dengan semua theme baru... (Tie masih ada blog dari blogspot)
Loadingnya slow dan tersekat-sekat.. Kekadang jadi malas nak menunggu untuk komen.. Kalau theme yang diambil dari luar atau yang asal dulu.. lebih laju. Dear perasan tak?

MysDear said...

w'salam..

semoga kita sama2 dpt coret2 pesanan untuk anak2 kta k..:)

a'ah betul tu..terutamanya bila g ke blog org lain.Slow sgt nk loading..kalo blog sendiri ok lak.Mayb sbb template baru ni masih lom stabil kot.

shafida said...

assalamualaikum dear,
takut juga kekadang meluahkan sesuatu dalam blog kerana ia bersifat peribadi....takut diketahui orang...dan takut tanggapan orang balas...kadang2 sesuatu masalah yang susah hendak saya kongsikan, saya masuk dalam kereta,,,saya cakap sprang2.....hhahahahhaah
janji puan boleh bagitau kereta..kakkakaka



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.