Saturday, July 24, 2010

Keputusan atau kata putus

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Hendak di luah mati mak, hendak di telan mati bapak.Saya bukan lah insan yang sempurna.Malah selemah-lemah hamba di hadapan Yang Maha Kuasa.Sukarnya nak meluahkan sesuatu kan? walaupun di dalam blog sendiri.Ini lah yang saya rasai sekarang.Tertiba tangan seolah-olah kaku hendak menaip sesuatu, fikiran berkecamuk menyebabkan terjejas idea yang ada.Tapi saya gagahi jua untuk menaip, kiranya untuk beberapa perenggan pun jadilah.Andainya ia dapat jadi ubat penenang dikala ini sebelum saya masuk tidur.

Hmm..dalam kehidupan banyak perkara yang memerlukan kita membuat keputusan.Untuk membuat sesuatu keputusan, ianya bukan mudah.Kena tapis , kena kaji dan lihat dari segi pro dan kontranya.Di samping itu, kesan negatif dan positifnya juga perlu di ambil kira.Yalah kan, seandainya sesuatu keputusan itu melibat banyak pihak, semua tu kena kita fikirkan bersama.Betul tak?


(Sesambil membaca bebelan saya,kita layan gambar-gambar tepi pantai ni...
sejuk mata memandang, ihsan Google)




Namun apa yang penting, sebelum membuat keputusan, kena tanya kepada yang lebih pakar, yang lebih berpengalaman supaya sedikit sebanyak dapat membantu kita membuat keputusan.Sebagai muslim pula, solat Istikharah jangan lupa.Mudah-mudahan Allah beri kita petunjuk dan permudahkan untuk kita membuat keputusan.InsyaAllah.... :)

Entri yang ketandusan idea saya hidangkan untuk kali ini.Anggap jerlah entri kali ni entri yang entah papa dari saya...Sekadar nak meluah yang tak terluah dalam hati .Nasib baiklah ada suami di sisi.Boleh juga meredakan sedikit sebanyak yang terbuku di dalam dada..oklah...masa untuk tidur....esok banyak perkara yang menanti.Semoga dipermudahkan semuanya.Saya berharap anda semua pun begitu juga...wassalam....Mornite.!

4 comments:

kayteeze said...

Salam Dear....

Kenapa ni ? Janganlah buat kak tie tertanya-tanya... Walau apa pun, kak tie harap, segalanya dapat diselesaikan dengan baik. Insyaallah.

ummufatihah said...

qwang3x... Serius jak bunyi nya.. :)

blackcardomompods said...

dear,memang buat keputusan memang perit tp Allah la jua tmpt kita mencari kepastian.saya pun setiap kali nk memilih dan buat keputusan mesti buat solat istiqarah.baru rasa lega sikit.

MysDear said...

Kak Tie ~ w'salam kak Tie..x dapapa..cuma risau pasal masalah org ...sendiri terbeban :)

Ummu~ serius ngenang masalah urang jak..sendiri penin..

BCP ~ betul tu...solat istikarah tu lah jalan terbaik kan... :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.