Sunday, July 25, 2010

Dalam hati ada taman bunga!

Alhamdulillah...urusan saya untuk hujung minggu ini selesai sudah...Hati ini nampaknya bertambah tenang, segar bugar kembali seperti baru semalam dilahirkan...Memang saya akui, hati ini mesti di'refresh'kan selalu biar ianya segar, lembut..moga tiada keraguan, kepincangan dan kecelaruan..

Esok anak-anak kembali ke sekolah seperti biasa.Aktiviti menyeterika baju untuk malam ni, saya yang ambil alih.Memandangkan kami tadi agak lewat pulang ke rumah.Kasihan pulak tengok Nafisah, agak keletihan dan mungkin mengantuk sudah.Saya?? mengantuk jugak ni...letih tak terkata...tapi dalam hati seolah-olah ada taman bunga.Bunga-bunga yang segar , cantik dan mekar :)



gambar ihsan Google



Oklah...Masa untuk menyeterika baju-baju kemudian masuk tidur.... Jika ada kesempatan esoknya nak buat blogwalking.Lama dah tak ziarah kawan2 blogger..ok...jumpa lagi.Wassalam....

6 comments:

Sakinah said...

Salam,

Ooo hati pun kena siram macam bunga spya segar dan mekar ya kak..cantik2 bunga dlm taman hati akak..moga sentiasa subur :)

ummufatihah said...

Salam:
semakin tertanya2.. :).. "bercinta" ker?.. :)

Jojoe said...

salam...cerianya blog akak??? masalah dah ilang...???

MysDear said...

Sakinah, w'ssalam..

begitulah harapnya :)

ummu~ bercinta ...rindu2 an...

Joe/anis~ w'ssalam...masalah mana penah ilang.Ilang satu datang lg..hehe...tp alhamdulillah...:)

Sakinah said...

kak, jangan kata ada masalah..kata ada urusan belum selesai..hihi..ni dengar dari seorang ustaz di radio..

MysDear said...

Owh..ye ke? hehe...bg akak masalah nie sesuai sgt d kaitkan dgn urusan dunia nie.Hope di sana jgn ada masalah...mintak dijauhkan.Moga beroleh syafaat dari RasulNya dan rahmat dariNya...amin :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.