Thursday, July 1, 2010

'Cerita yang tak pernah tamat Part 2 : Episod: Semangat yang Hilang'

Kekadang semangat boleh hilang jika lama sangat tak berblogging.Minda tak diasah dan diasak dengan idea kritis memang begitulah..nyaris-nyaris nak tumpul.Nau'zubillah..Sememangnya, dua tiga menjak ni, semangat nak berblogging jadi hilang ekoran dek sibuk sangat dengan rutin harian.Hari ini saya cuba bangkit semula semangat yang kian pudar dan semakin hilang itu untuk menitip sesuatu di blog saya yang tak seberapa ni.

Banyak peristiwa yang berlaku kebelakangan ni.Pergh!! macam suspen bunyi nya kan? ekekeke...tak der laa...peristiwa yang biasa-biasa saja.Ingat tak entri saya , hari selasa yang lalu..boleh skroll kat bawah ni.Hari tu, banyak tugasan yang saya kena buat.Menyusun atur dapur saya yang seperti kapal pecah dilanda badai gelombang tsunami gamaknya!


sebelum (semasa mengasing dan membuang apa yang patut.Sementara nak tunggu kabinet dapur dihantar ke rumah)

Bukannya selama ini saya tak pernah mengemasnya, memandangkan kabinet dapur tiada di sediakan oleh tuan rumah, maka untuk membelinya amat memakan masa.Kabinet dapur yang sedia ada saya beli masa memula masuk rumah sewa ni, hanya sebuah jer.Itupun hanya cukup nak meletakkan dapur memasak dan pinggan mangkuk sahaja,Kali ni saya dah naik rimas, so saya mohon keizinan 'boss' untuk membelikan saya satu lagi kabinet untuk saya menempatkan khas untuk pinggan mangkuk.Akhirnya, permintaan saya tu diluluskan! Seronok tak terkata.Maka, malam tersebut kami pergi ke kedai perabut biasa untuk meninjau-ninjau kabinet dapur yang sesuai.Syukurlah,saya jumpa yang berkenan dihati.Harga pun berpatutan.Saya 'booking' dan keesokkan harinya, sedia dihantar ke rumah saya.

Pada pagi tersebut saya mulalah berkemas.Sambungan dari kerja saya malam sebelumnya.Iaitu menyelongkar dan mengasingkan, membuang apa yang patut.Banyak jugaklah saya jumpa, najis-najis kering Cik Li yang ditinggalkan begitu sahaja.Geram dan marah dibuatnya.Buat pengetahuan semua, rumah yang saya duduki sekarang ni, banyak Cik Li yang menumpang.Kekadang mati akal dibuatnya.Mungkin di sebabkan rumah kami berada ditingkat bawah sekali.Entahlah..itu telahan saya sahaja.Nasib baik hanya Cik Li jer yang menumpang.Kalau Cik Ti menumpang kasih juga...haihhh...tak ke naya tu! Nau'zubillah...tak nak saya! geli!! hehehe...

Tempoh menyusun atur dapur saya tu, mengambil masa jugak.Selepas mengemas, menyapu dan mengemop la pulak.Akhirnya, Alhamdulillah....selesai....

 selepas (luas saujana mata memandangkan :P ekeke...)

4 comments:

Sakinah said...

Salam,

hihi..selamat mengembalikan semangat. Cik Ci tak datang rumah akak ke?

ummufatihah said...

Bila lah nak njenguk umah tak orang tuk.. :)

blackcardomompods said...

dear,susahnya takde kabinet.dulu masa saya menyewa kt kl,umh saya pun takde kabinet,brg dpur rata riti letaknya...kdg2 berterabur brg masakan.

MysDear said...

Sakinah ~ w'salam..hehehe..kuss semangat!
Cik ci tak pulak nampak bayangnya..err.. cik cicak ke? :D

ummufatihah~ mun cuti sekolah, raun2 lah ctok.Rumah sik sebesar mana, mun agik untuk tetamu bertandang ok jak :)


bcp~ a'ah..susah sesangat.haihh...rimas mata nengok..Nak memasak pun bleh ilang mood d buatnya.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.