Tuesday, July 27, 2010

Airmata

"Menangislah jika itu menenangkanmu"....saya pernah mendengar kata-kata sebegini.Memang ada benarnya.Tangisan itu bisa menenangkan juga melegakan.Kalau bagi saya, ianya satu therapy.Therapy untuk meluahkan perasaan yang tak terungkap.Perasaan yang begitu halus, mulus lagi tulus saya rasakan.

Pernah ada seseorang bertanya kepada saya, kenapa airmata itu panas , suam dan hangat.Kenapa tidak sejuk, dingin ? Saya terdiam seribu bahasa.Mulalah otak ligat memikirkannya.Sungguh aneh bukan? bagaimana airmata itu mempunyai rasa sedemikian...

Jawapannya, airmata itu hangat, suam , panas disebabkan oleh kehangatan perasaan yang bersungguh-sungguh lahir dari jiwa kita ketika mengeluarkan airmata tersebut.Semakin mendalam nya perasaan yang kita rasa, bersungguh-sungguh yang bergelodak dijiwa, airmata itu akan boleh mencapai suhu panas yang kita sendiri tak menjangka! MasyaAllah....



7 comments:

kayteeze said...

Salam Dear...

Kak tie ni kuat menangis, Dear. Bila sedih je menangis. Bila kecewa je menangis. Kekadang sampai tersumbat hidung ni, susah nak bernyawa pulak. Nak buat macam mana, dah sifat kita.. itulah cara kita tenangkan diri.. dengan menangis.

MysDear said...

W'salam Kak Tie...

wanita ni memang sensitif jiwanya.Cepat sungguh terasa dan hendak menangis.Kalau Kak tie menangis bleh tersumbat hidung, saya plak boleh kena migrain.hehehe...Selagi menangis tu dapat menenangkan, menangislah...tp jgn pulak terover, nnt jd Kassim Selamat payah gak tu...hehehe..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

fiza pun mudah nangis kak...lagi2 kalau melibatkan anak2..

blackcardomompods said...

dear,

kita kalu sedih sgt,masa solat pun leh nangis.smpi hilang pokus nk solat.huhuhu..tp menangis the best terapist bila jiwa sedih.

MysDear said...

Fiza ~ akak kagum dgn Fiza...byk2 bersabar ye :)

Ct ~ betul tu...kalo dh nangis dlm solat tu maknanya dh sedih amat la tuu...menangis buat kta rasa lega :)

Sakinah said...

Salam,

Menangis buat hati jadi lembut dan tenang.
tengok cerita di tv pun boleh berlinangan airmata. macam2 pula kesan nangis ni, saya kalau nangis banyak pening kepala dan panas rasa nak demam. pernah sekali terlalu banyak nangis ingat mak bapa, terus selsema.

MysDear said...

w'ssalam...

Begitulah mcm2 kesan menangis nie...terlebih sgt nangis membawa mudarat.Samalah ngn akak , nangis byk sgt pening...silap haribulan rasa nk demam memanjang jer...



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.