Wednesday, June 2, 2010

TERKINI: 12 Rakyat Malaysia Bebas

Sumber : Life Line 4 Gaza

dikemaskini 5:06pm 2 Jun – Kesemua ahli team LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan Mereka semua berada di dalam keadaan sihat.

Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan. Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, handphone, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas. Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini.

Berita gembira tersebut diterima terus daripada Noorazman yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan.

“Mereka berada di Jordan [dan] akan pulang dalam masa terdekat,” antara mesej yang dihantar oleh beliau.

Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang.

CMT-LL4G telah berjaya menghubungi Noorazman sekitar jam 5 petang tadi. Semua relawan berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sedang berehat. Namun mereka yang ditempatkan di sebuah hotel di Amman itu tinggal sehelai sepinggang dan tanpa paspot.

Mereka akan ke udara secara langsung di TV1 malam nanti.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan kepulangan mereka.

CMT-LL4G sedang membuat persediaan untuk majlis sambutan secara besar-besaran meraikan kepulangan wira-wira negara di lapangan terbang apabila mereka pulang kelak. Majlis ini akan menggantikan majlis meraikan isteri dan keluarga anggota konvoi yang dirancang oleh CMT-LL4G sebelum konvoi LL4G dibebaskan.

Astro AWANI (Saluran 501 Astro) akan mengadakan siaran lintas langsung pada jam jam 8:15 malam ini bersama Noorazman dan Ashwat dari Jordan dan setiausaha CMT-LL4G Solehuddin Shuib di studio.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web www.lifeline4gaza.org.


MysDear - Alhamdulillah...akhirnya selamat...perjuangan belum selesai..

2 comments:

Ummi Hanie said...

alhamdulillah..mereka dh selamat...dan moga2 Allah selamatkan jua umat Palestin..kesian depa..

eh mana bunga terbang2 yg Hanie suke tu mys ?

MysDear said...

tulah harapan kita ya hanie...moga2 kejadian kali ini memberi keazaman yg berterusan utk kita membela nasib saudara2 kita di Palestin.

bunga2 tu dh kena delete...ada geng blogger yg komplen susah nk komen...hehehe..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.