Monday, June 21, 2010

Tabiat menghisap jari...alahai...

Betapa saya amat runsing sekarang ni tatkala memikirkan tabiat anak saya, Nabihah iaitu suka menghisap jari dan mempunyai teddy yang dijadikan nya sebagai bantal busuk.Risau bercampur runsing di buatnya.Sekarang usia nya telah memasuki 3 tahun namun tabiatnya masih tak berubah.Buat pengetahuan semua, Nabihah ni lah satu-satunya anak saya mempunyai tabiat sebegini.

Kalau tak silap saya, dia mula menghisap jari pada usianya seawal 5-6 bulan macam tu (kalau saya tak silap).Memang pada mulanya, tengok dia comel sangat apabila menghisap jarinya tu..tapi apabila dah semakin besar ni, alahai..saya mulai runsing.Lagi-lagi kalau gigi hadapannya mulai agak 'mancung' sedikit.Saya risau jika tabiatnya akan berlarutan sehingga dia memasuki alam persekolahan.

Tadi sesambil surfing di internet, saya telah search kat google mengenai Tabiat menghisap jari di kalangan kanak-kanak.Menurut artikel tersebut, masih belum terlambat lagi untuk gigi hadapan Nabihah kembali seperti normal JIKA dia menghisap jari tidak berlanjutan sehingga usianya 4 tahun atau 5 tahun.Jadi saya pastekan artikelnya di sini untuk dikongsi bersama.


Tabiat hisap jari jejas susunan gigi


MENGHISAP jari memang tabiat yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak dan bayi. Lazimnya, tabiat itu bermula beberapa bulan selepas lahir malah ada yang sudah bermula sejak dalam kandungan.

Sebenarnya secara statistik, antara 70 hingga 90 peratus kanak-kanak menghisap jari. Kerap kali kanak-kanak menghisap jari kerana takut, bosan, letih atau memerlukan belaian.

Kebiasaannya, kanak-kanak yang menghisap jari mudah tertidur atau kembali tidur jika terjaga di tengah malam. Malah, mereka juga akan tidur lebih awal berbanding kanak-kanak seusia yang tidak menghisap jari.

Sebagai ibu bapa, tidak dinafikan anda akan resah jika tabiat itu berlanjutan hingga usianya mencecah empat atau lima tahun. Justeru, untuk memberhentikan tabiat itu anda harus lebih bijak dan jangan bersikap terlalu memaksa.


Anda juga perlu tahu, kanak-kanak memiliki kawalan sepenuhnya terhadap tabiat mereka apabila anda tidak melihat. Memaksanya berhenti tidak membawa kesan yang berpanjangan. Sepatutnya dia perlu berhenti menghisap jari atas kesedarannya sendiri. Lakukan dengan ingatkan dia jangan menghisap jari setiap kali dia meletakkan jari dalam mulut.

Adakah tabiat ini boleh memberi kesan kepada gigi?


Menurut Persatuan Pergigian Amerika, menghisap jari tidak menyebabkan masalah kekal terhadap gigi atau garisan rahang kecuali tabiat itu berlanjutan hingga anak berusia empat atau lima tahun.

Apa yang perlu anda tahu, kebiasaannya antara 85 hingga 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari secara semula jadi sebelum usia itu.

Bagaimanapun, jika tabiat berkenaan berpanjangan, melebihi usia lima tahun, susunan gigi anak mungkin tidak cantik dan tidak teratur. Misalnya barisan gigi atas akan ke hadapan.

Begitupun, susunan gigi boleh diperbaiki apabila dia berhenti menghisap jari. Bagaimanapun, jika dia lambat meninggalkan tabiat itu, anak anda mungkin memerlukan bantuan pakar pergigian.

Malah, menghisap jari melebihi lima tahun menyebabkan dia berisiko berhadapan dengan masalah pertuturan seperti membunyikan huruf t dan s atau d dan s.

Kebanyakan ibu bapa juga bimbang anak yang menghisap jari selepas lima tahun sebenarnya berhadapan dengan ketidakmatangan emosi atau kurang keyakinan diri. Bagaimanapun, ada teori mengatakan, kanak-kanak yang lewat menamatkan tabiat berkenaan kerana ia kurang mendapat galakan ibu bapa untuk tidak menghisap jari sejak awal lagi.

Bila mereka memerlukan rawatan?


# Ketika menghisap jari dia akan juga menarik rambut terutama pada kanak-kanak berusia antara setahun hingga dua tahun.
# Terus menghisap jari dengan kerap pada usia lima tahun.
# Berhadapan dengan masalah gigi atau pertuturan.
# Rasa malu atau dibuli oleh kawan sebaya kerana sikap itu.

Rawatan

Rawatan bermula dengan disiplin ibu bapa. Misalnya, hadkan masa dan tempat anak anda boleh menghisap jari. Selain itu, jauhkan dia daripada benda-benda lain yang boleh dikaitkan dengan tabiat menghisap jari seperti selimut atau bantal.

Anda juga boleh memuji atau memberinya galakan untuk membuang tabiat itu. Kalau anak berusia lima tahun, dia lebih mudah memahami mengapa tabiat itu patut dihentikan. Beritahunya mengapa dia perlu berhenti menghisap jari dan kesannya.


MysDear - jika ada tips dan panduan tertentu untuk menghentikan tabiat hisap jarinya, boleh lah share yer! :)

4 comments:

blackcardomompods said...

dear...dear dear..


we are in the same boat!!!!!

anak u 3 tahun kan....anak i nearly 4 yrs n half...isap jari aje kejenya...asal lapang je isap jari even tgk tv,main pc,lam kete semuanya jari dan jari.kalau nk tidur,sah2 le kan..jgn tak tahu mostly omputih sini even dh umur 21 ke atas pun ada tabiat ni tau.saya tahu bila ada kwn saya ckp opismate dia selalu isap jari masa buat keje..hahahaha...even my daughter hana ckp cikgu lelaki dia ada isap jari,beriya2 dia ckp.sabau je la..hohohoho..

camna ni dear...mostly budak sini ada bantal busuk +isap jari,camna mau hilangkan tabiat ni???i pun buntu,kdg2 i ugut dia,ckp isap jari buat gigi u nmpk hodoh..dia ckp mana ada...huhuhuhu

MysDear said...

hah! really??? hahaha...tak dpt imagine saya org dewasa yg isap jari..sbb saya tak jumpa lg.tuu la ct..fenin nie nk pk cmner nk elak dier dr isap jari..mlm td b4 tdo dh explain dgn dia...jgn isap jari! ok..dia jawb selamba.apabila dah tdo..tup2 dia isap jari lagi..siap tutup mka dgn teddy die lg tuu..saya cuba tarik jari dia utk keluarkan dr mulut..tertiba-tiba dia nangis meraung tersedu2 plakk..aiyoo..susah la gini..
pernah cakap kat suami, kalau dia tak ilang2 jugak tabiat isap jari tu..saya nak put something kat jari dia tuu..benda yg pahit2..mcm serbuk kopi ke..ape ke..(tp bkn yg memudaratkan laa) janji dia ilang tabiat tuu...kira usaha jugak tu kan...hehehhe..

blackcardomompods said...

mesti tak jalan,pasal dia nanti balas balik,pe rasa ni mama,pegi basuh nun,rasa tak sedapla.mcm anak ct kan,bila ct tanya nape isap jari,dia ckp bukan dia nk isap,jari ni sibuk masuk lam mulut dia...hohoho..ada je dia serang balas balik soalan kita.last2 dia menang .then dia akan isap secara tak sengaja bila terlena.

MysDear said...

hehehe..tuula..anak2 sekarang bijak2 belaka...sepatah helah kita 10 helah dia..hahaha..kelakar betul! harapnya jgn sampai dh besar nnt masih isap jari...so ct ada tindakan susulan yang lain tak menangani hal nie? hehehe..beriya2 je saya ni..sbb betul2 risau kt Nabihah tuu..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.