Friday, June 4, 2010

Komputer saya dan buaya

Hari ni aktiviti saya banyak godek-godek template blog jer..mata pun naik juling dan fenin.Kiranya buat masa ni, 70% dah siap dalam pengubahsuaian.Kenapa saya suka ubah-ubah template/background blog saya?? saya pun tak pasti macamana nak jawab soklan tersebut.Minat dengan komputer dan internet ni memang sudah lama...tapi tak la lama sangat..sejak 5 tahun yang lepas kot.Sebenarnya, saya suka mencuba sesuatu yang baru terutamanya bab komputer dan internet.Apabila saya dapat mengodek2 komputer saya dan saya temui sesuatu yang baru...fuuhhh! gembira tak terkata.

Pernah suatu ketika dulu, akibat terlampau minat dengan hal-hal komputer, saya telah daftarkan diri saya ke IPTS untuk mengambil peringkat Diploma dalam information technology.Saya sanggup keluarkan sebahagian wang Kwsp saya semata-mata untuk register kat situ.Saya sanggup bersaing dan masuk kelas bersama budak-budak belasan tahun yang lepasan SPM.Dan saya lah satu-satunya pelajar part time yang agak berumur ketika itu.Tak de la berumur nya pun, agak berumur dari mereka lah..yang 10 tahun lebih muda dari saya ketika itu.Banyak benda baru yang saya perolehi semasa study di situ.Benarlah kata orang, bila kita belajar akan sesuatu yang kita minat..memang tak hingat donia dahh.Namun, perancangan Allah kita tak tahu.Saya disahkan mengandung semasa saya sudah melepasi semester 5.Saya terpaksa tangguh study.Banyak komitmen lain yang menyusul.Saya terpaksa ketepikan study saya pada ketika itu.Niat hati nak sambung studylah selepas melahirkan Nabihah...tup-tup...tinggal impian jer laa...

Tapi, perkara yang tidak pernah saya lupa ialah, suami saya amat memahami.Sanggup berulang alik menghantar saya ke kelas beberapa selang malam dalam seminggu.Ketika tu, saya masih 'allergic' lagi dengan stereng kereta, pendek kata cuak la kot nak bawak keta..mana taknya berat tu nak bawak kereta...ahli sukan angkat berat lagi belum tentu larat nak bawak kereta tauu...:P Tetapi syukurlah sekarang, dah tak allergic dah dengan stereng tu...macam besh jer bila dapat bawak kereta.Apapun jasa suami saya tu akan saya kenang selalu...besar pengorbanannya.

Begitulah sedikit sebanyak ceritanya...cerita di sebalik godek-godek komputer...the end...

So, dipendekkan cerita...apa kaitan buaya dengan komputer saya pulak? Memang tak de kaitan langsung pun...cuma semalam saya telah mendapat emel mengenai kasut jenama crocs yang telah didapati ada kalimah Allah di atas nya...Betul ke tidak saya tak pasti.Tapi jikalau anda semua tengok gambar di bawah memang ada persamaannya.

Kasut crocs



close up: kasut crocs




lambang Crocs dengan Kalimah Allah



MysDear - godek2 komputer adalah hobi saya, non muslim mempersendakan Islam adalah kemarahan saya!

4 comments:

blackcardomompods said...

Dear,saya pun sama..selalu berubah2..kdg2 nk ubah seminggu sekal tp takut orang pening lak.kekeke

MysDear said...

hehehe...jangan ct pening tgk saya ubah2 template dah la ek...lom jumpa lagi identiti blog yg tersendiri kot..

Sakinah said...

Salam,

Saya pun selalu teringin tukar template..tapi biasanya template yg saya suka, tidak compatible dgn widget2 di blog sy, so tidak tukarlah :( tukar2 background saja la..

oh ya, semalam blogger.com ada fungsi "design template". sempatlah godek2 sekejap, bila nak save yg dah edit tak dapat pula. Bila tengok, fungsi design template tu dah takde.

MysDear said...

w'ssalam

owhh..yg design template tu ek? akk tgh guna tu la yg skg nie..kena pastikan kt dashboard tu jdkan design template tu home page kot.'tick' kt kotak kosong tu.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.