Friday, June 18, 2010

Ikan apa yang banyak isi?

Baru jer lepas masak-masak untuk keluarga untuk hidangan tengahari.Menu hari ni agak simple tetapi saya yakin 100% anak-anak pasti akan berselera jer makan nanti.Bukan kerana masakan saya sedap, tetapi hari ini saya menggoreng ikan yang menjadi kesukaan mereka.Tadi saya goreng 6 ekor ikan kerisi, maknanya setiap seorang dapat seekor ikan :D Kalau Nabihah tak habis makan seekor ikan tersebut, bertuah lah salah seorang antara kami..sebab dapat dua ekor ikan untuk dimakan :P




Ikan kerisi ni memang banyak isi.Selain banyak isi, rasanya pun sedap.Teringat kata mak saya, rasa isinya macam rasa isi ketam.Cuma satu yang saya tak suka mengenai ikan ni, nak tahu tak apa? SISIK nya yang banyak telah membuatkan sukar dan memakan masa yang agak lama untuk disiang..pendek kata, leceh! Nasib baiklah, pagi tadi semasa membeli ikan di pasar basah, penjual ikan tu ada menyediakan khidmat untuk menyiang ikan.Buat pengetahuan semua, kalau di tempat saya dahulu, bukan tidak ada menyediakan khidmat siang ikan.Ada! tetapi kalau ikan 'kecil-kecilan' macam kerisi ni memang 'tak di layan'.Jadi bila balik rumah, terpaksalah meluangkan lebih masa untuk 'bermanja' dengan ikan ni :( Leceh bukan??

Apapun, saya gembira hari ni.Kerja memasak saya di permudahkan.Alhamdulillah.Terasa laparlah pulak...nak makan-makan jap..jomm!

MysDear - Ikan yang banyak isi adalah ...ikan kerisi! pandainyee! :D ( macam sesuai jer nama tu kan..hihihi )

2 comments:

Sakinah said...

Salam,

Ikan kerisi memang sedap..saya pun suka..hihi memang banyak isi :D

MysDear said...

w'salam...hehehe..betul tu sakinah..hari tu akak beli yg M size, byk isi dia..:D



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.