Sunday, June 20, 2010

Hari terakhir

Seperti semua maklumi, hari ini merupakan hari terakhir untuk cuti sekolah penggal ni.Esok anak-anak saya dah mula kembali ke sekolah.Haihh...masa berlalu agak pantas...pejam celik pejam celik dah sekolah balik.Antara perkara yang berlegar di fikiran saya ketika ini ialah:

  • Kembali kepada rutin harian seperti biasa, bangun seawal pagi untuk menyediakan sarapan untuk anak-anak dan menyiapkan anak ke sekolah.

  • Masuk tidur awal la ..sebab sepanjang cuti ni saya selalu masuk tidur lambat.Bola punya pasal, walaupun bukan saya yang tengok bola.

  • Saya dan Nabihah jer yang ada kat rumah jadi, kami menjadi 'bestfriend' balik.Sebab 'kawan-kawan' dia dah mula bersekolah semula dan dia akan lebih mendengar cakap saya...hihihi...

  • Hmm..Mungkin saya akan fikirkan apa aktiviti terbaik untuk mempelbagaikan rutin harian.Lagipun tak lama lagi dah nak bulan Ramadhan.

Inilah antara perkara yang berlegar di kepala saya sekarang ni.Doa saya, semoga segala urusan dipermudahkan dan diberi kudrat untuk terus memikul tanggungjawab ini..amin..



MysDear - Anda pula bagaimana?

2 comments:

Jojoe said...

salam..anis dah sekolah dah ari ni..sunday blues betol..asik tersengguk2 jer mmasa perhimpunan tadi..hehehehe

MysDear said...

w'salam...hehehee...bukan anis jer rasa cm tu..akak kt umah nie pun pening2 lalat menahan mengantuk ni.hehehe...



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.