Tuesday, June 29, 2010

'Cerita yang tak pernah tamat Part 1'

Malam tadi saya dah buat senarai pendek untuk tugasan saya hari ini.Banyak juga kerja yang tertangguh berikutan masa tidur yang tak menentu akibat penukaran zon waktu bersamaan Afrika Selatan :P Harap-harapnya segala tugasan akan selesai seperti biasa.

  • Menyusun atur semula dapur saya yang sedia ada sekarang, sebab tengahari nanti ada kabinet dapur yang saya tempah akan dihantar ke rumah.
  • Memandangkan hari ini, hari selasa juga merupakan laundry day untuk saya.Pakaian tak banyak mana...sebab sebahagiannnya saya dah sempurnakan malam tadi.
  • Menyapu sampah, mengemas rumah dan menge'mop' lantai.
  • Menyusun pakaian di semua almari pakaian.
  • Memasak untuk lunch dan dinner sekaligus..
  • Mennyeterika baju sekolah baju sekolah anak-anak  Opps! tugasan tu dah di ambil alih oleh Nafisah.Ringan sikit beban saya sekarang.
Itu sajalah kot senarai pendek untuk tugasan saya hari ini.Apapun semoga segalanya berjalan lancar.

7 comments:

Sitisifir10 said...

Wohhhohohoho..kira pendeklah ni senarai tugas ni...saya punya to do list panjang gile

Sakinah said...

Salam,

Dalam banyak2 tu..saya tertarik dgn yg last tu..baiknya nafisah :)

Jojoe said...

banyaknyer LIST TO DO akak..heheh..tapi, apapun best ada anak dara kan kak..dah besar skit mesti rasa ringan beban..heheheh

ummufatihah said...

Waahh.. Mbok chah dah dapt tolong iron baju sekolah.. dah dara eehh...

MysDear said...

sitisifir10 ~ hehehe..nie senarai panjang yang dah di compact2kan maka terjadilah senarai pendek..

Sakinah ~ w'salam..kena bahagi-bahagikan tugas..kalo nak buat semua...tak larat akak..ehehe

Anis/Joe ~ tulaa..sib bek ada anak dara yg belum akil baligh ni...ringan skit beban..

Ummufatihah ~ ehehe..lom dara gik...iron baju sekolah nya pun ngn adik2nya jak...mula-mula renyuk jak upa...last2 ok la sikit..janji sik renyuk gilak.

ummufatihah said...

kira okay lah iron ya.. mun alang2 orang, sik pandei iron ya.. :)

MysDear said...

ummufatihah~ bolehlah..mun setakat pake baju nya pun.Ada sigek tudungnya hangus..ekeke...sib bait hangus lapisan dlm jak.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.