Tuesday, June 29, 2010

Album Gambar , teknologi dan kenangan.

Kalau dulu, lahirnya anak pertama..saya dan suami telah membuat koleksi gambar-gambar .Daripada gambar sesalinan ultra sound sehinggalah gambar dia yang semakin membesar kira-kira sehingga berusia 6 tahun.Memang kami simpan gambar-gambar anak kami semuanya, cuma bila zaman peralihan kamera digital, simpanan gambar secara album biasa sudah tak digunakan lagi.Kami beralih ke simpanan di komputer pula.Alhamdulillah, album Nafisah dan Zubair memang kami masih simpan lagi sehingga sekarang.Termasuk juga album gambar Nabila.Cuma , saya rasa album gambar Nabila tak sebanyak koleksi kakak dan abangnya.Hal ini kerana, apabila Nabila sedikit meningkat membesar daripada perkembangan bayinya, kami telah pun dapat memiliki sebuah kamera digital.Jadi, album gambarnya banyak yang tak terisi.Tetapi yang paling kasihannya, Nabihah memang langsung tak memiliki sebuah pun album gambar.Teknologi berubah mengikut peredaran zaman.Gambar-gambar Nabihah hanya saya dapat muatkan dalam simpanan cakera keras komputer saya.Apabila, saya berpindah ke sini, semua koleksi gambar Nabihah saya simpan ke dalam pen drive pula.Ada yang saya simpan ke dalam MMC handphone saya.

Begitulah perubahan zaman.Teknologi berubah seolah-olah bagai sekelip mata.Namun kenangan takan berubah sepertimana juga sejarah.Ianya tetap disimpan kemas di ingatan.
sewaktu Nabihah berusia 7 bulan...suka sangat dia main2 dgn selimut dia ni..haihh..tgk bb kecik mcm nie...teringin la pulak (ekeke..juz kidding :P )

2 comments:

ummufatihah said...

macam baby omputih lah.. :)

MysDear said...

kinek tok dh mcm baby org melayu dh..hehe..Nabihah tok time nya baby abisan copy mka Nafisah time gik kecik dolok.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.