Wednesday, May 26, 2010

Telur tidak dicuci, apa hukumnya?

Petang tadi, selepas balik mengikut suami saya mengambil anak-anak pulang dari sekolah, kami singgah ke kedai mamak berdekatan.Menikmati teh ais mamak yang kaw2 tu..betul2 melegakan tekak yang sedang dahaga.Kalo nak merasai nikmat air teh tarik ke atau teh ais ke, saya dan suami lebih suka ke kedai mamak.Kelazatannya memang berbeza.Bukan nak membandingkan dengan kedai orang tempatan (melayu) tapi sepanjang saya di sini , teh tarik mamak memang yang terbaik mengikut piawaian selera tekak kami suami isteri.

Sebenarnya, bukanlah topik teh tarik yang menjadi topik utama.Cuma sebut jer teh tarik, pasti sinonim dengan roti canai, tak kira la roti kosong, roti sardin, roti telur dan sebagainya.Bagi anak-anak saya, roti telur yang menjadi pilihan utama.Termasuk kami suami isteri kot..perghh! memang sedap untuk dijamu.
Tapi, persoalannya...telur yang diorang gunakan tu, di cuci atau tak ye? Kalo dulu-dulu, saya memang tak terfikir pun pasal tu..cuma bila mengikuti satu forum di laman web sosial yang popular masakini, saya mulai teragak-agak untuk memesan roti telur untuk anak-anak saya.




Bukan saya bersyak wasangka yang tak baik, cuma menjadi tanda tanya jer.Kalo di rumah , sebaik sahaja balik dari bershopping membeli barang-barang dapur, telur-telur yang saya beli akan saya cuci dan terus disimpan ke dalam peti sejuk.Part ni, memang saya jaga sejak dulu lagi.Telur mesti di cuci sebelum hendak memasaknya.Tak sampai hati rasanya tengok najis2 @ bulu2 ayam yg melekat kat telur tu tanpa dicuci sebelum di masak untuk di beri anak-anak makan.Anda semua pun saya pasti sependapat dgn saya bukan? :)

Hukum tak mencuci telur sebelum memasaknya, saya tak pasti lagi.Tak jumpa lagi tentang artikel mengenainya.Jika ada di kalangan anda menemui artikel mengenai hal tersebut, share2 lah ye..elok sangat untuk di jadikan panduan kita bersama.Pendapat saya? pd pendapat saya yang tak seberapa ada ilmu ni, bukankah Islam amat mementingkan kebersihan.So, sudah pasti lah apa-apa jua bahan mentah yang hendak dimasak sebaiknya dicuci terlebih dahulu.Dikhuatiri mendatangkan mudarat la pula..mudarat membawa penyakit, tak ke naya tu.

So, konklusinya..telur hendaklah dicuci terlebih dahulu.Kiranya kita ambil jalan selamat demi memastikan keluarga kita sentiasa dalam keadaan sihat selalu.Kalo di takdirkan di timpa mudarat juga (nau'zubillahiminzalik), Allah lebih mengetahuinya dan kita hanya berusaha jer.InsyaAllah...semoga kita semua dilindungi dirahmatiNya selalu..amin.









cute

9 comments:

anna sweet creation's said...

salam singgah mlm kat sini ..memang rasenye kena basuh dulu telur tu ialah de benda2 tu ....

Ummi Hanie said...

salam mys...

yummm...mmg teh tarik mamak kaw2...puasss ! :p

haish tingin la pulok !

pasal telur tu kalo ikut kebersihan,mmg patut sgt la dicuci dulu.hubby Hanie yg ajar,sblum ni Hanie xpasan sgt.tang hukum tu xpasti lg.da jumpe nnti,Hanie bgtau ye?

Sakinah said...

Salam,

Saya memang basuh dulu telur tu..Rasa geli fikir kalau makan ada telur kat luar, risau tidak dibasuh. Itu yang tidak baik kalau makan luar. Tidak terjamin kebersihan. Kadang2 kalau kita pergi pasar malam, yang buat burger tu mereka tulis sign 'telur dibasuh' hihi.

ummufatihah said...

tkasih kongsi...

kelly said...

Soalan dan jawapan ini terdapat di
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

Soalan : salam...
adakah halal makanan yg kita masak sekiranya m'gunakn telur yg x dibasuh sedangkn ia di liputi oleh najis ayam..
dan digunakn terus dlm masakn tanpa di basuh terlebih dahulu..
syukran...

Jawapan : Sememangnya telur perlu dibasuh terlebih dahulu kerana telur tersebut sudah pasti terjatuh di atas najis walaupun kadang-kadang ia tidak melekat kerana najis itu kering. Tetapi ia tetap diliputi najis dan jika bercampur dengan makanan kita memakan sesuatu yang diketahui bercampur najis walaupun ia tidak merubah bau, rasa atau rupa.

Perkara tersebut boleh menyebabkan najis itu bercampur dengan makanan yang di masak ataupun tangan tukang masak itu sudah dicemari dengan najis lalu tanpa di basuh, mereka memegang senduk atau sudip dan akhir sekali mereka memegang makanan tersebut tanpa membasuh tangan.

Oleh yang demikian sebaik-baiknya sebelum memasak, pastikan dahulu semua barang-barang dan bahan-bahan untuk masakan dibersihkan dahulu dan suci dari najis.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
3.Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya

MysDear said...

Anna~ saya pun rasa memang kene basuh @ cuci dlu kan.thx sbb singgah.


Ummie hannie~ hehehe..jom pekena teh tarik! :D
kalo jumpa nanti..share2 lah ek.

Sakinah ~ lum nah jumpa lg akak sign yg gtau telur dibasuh.Pernah jumpa kat pasar malam , ada peniaga tu basuh telur tu guna air dalam satu besen jer...still kira kotor lagi kan?
Tempat akak n family beli burger, akak rasa dia cuci dlu telur dia kot.Sebab dah letak dalam raga.Lagipun akak tengok peniaga burger tu, jenis yang jaga solat.Maksudnya, time nak masuk maghrib stallnya ditutup buat sementara waktu.Sangka baik jela, telur burger dia mmg di cuci dlu..hehe


ummufatihah~ sama2..kita kongsi.


Kelly ~ terima kasih sebab sharing.Terjawab sudah sedikit sebanyak.thx again :)

shafida said...

thanz.....berkongsi ilmu

MysDear said...

sama-sama shafida :)

fikri said...

http://vitamin.ibucergas.com/telur-tak-boleh-dibasuh-dan-disimpan-dalam-peti-sejuk/



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.