Saturday, May 15, 2010

T e m b o k K e m a t i a n

Suasana pada malam tersebut...MasyaAllah!



Sabtu , 8 Mei yang lepas di Stadium Melawati Shah Alam..lepas balik jer dari kelas deco cupcake ..saya dan family menghadiri satu Perhimpunan Perdana Palestin yang julung-julung kali nya kami hadiri.Fuhh..ramai yang hadir.Bersemangat pulak tu..Apabila tengok perhimpunan sebegini..rasa marah dan benci yang meluap-luap dengan kekejaman Zionis Israel laknatullah tu!
Meh saya share bersama misi Perhimpunan Perdana PALESTIN tersebut.

Teruskan perjuangan, anak-anakku....


Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian

Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 5.00ptg hingga 11.30mlm




Tahukah anda apa itu tembok kematian?? Tembok kematian ini telah di bina oleh Israel untuk mengurung rakyat Palestin daripada mendapatkan hak asasi kemanusiaan-kebebasan untuk bergerak, mendapatkan pendidikan, bekalan makanan dan air- dan mereka diasingkan sama sekali dari dunia luar.Tembok batu yang dibina setinggi dari 8 hingga 15 meter itu menampakkan seolah-olah Israel telah menghina dunia dengan melanggar Konvesyen Geneva dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.Kesengsaraan rakyat bertambah hebat apabila kerajaan Mesir juga membina tembok besi bagi menutup sebarang laluan di sepanjang sempadan Gaza-Mesir.

Serangan brutal Zionis Israel ke atas Gaza dari 27 Disember hingga 18 Januari 2009 sama sekali meranapkan kehidupan di Gaza.Rumah kediaman, sekolah, masjid, universiti, hospital, kilang-kilang, jalan-jalanraya, malahan apa sahaja yang di perlukan utk kehidupan dirosakkan atau dimusnahkan.Setelah dimusnahkan sedemikian rupa, mereka dihalang dari mendapatbantuan luar, disekat dari turun ke laut, dan diserang hampir setiap hari..dapatkah kita bayangkan kehidupan seperti itu?

Kini Gaza sekian lama dipisahkan daripada kita - udara, darat mahupun laut.Apakah cukup kita hanya bersimpati?

Apakah itu Lifeline4Gaza?

merupakan usaha mengumpul dana bagi membiayai projek menghantar bantuan dan sokongan kemanusiaan ke Gaza bersama jaringan NGO antarabangsa pada 15 Mei 2010.
Projek ini diterajui oleh NGO Insan Hak ve Hurriyetleri (IHH) dari Turki yang akan disertai relawan antarabangsa, termasuklah Malaysia, Turki, Ireland, Sweden dan juga Indonesia, tanpa mengira bangsa dan agama.Mereka akan menerobos halangan Israel(Tembok kematian) dgn menaiki 20 buah kapal membawa bahan binaan, peralatan operasi hospital dan ubatan, penjana elektrik, keperluan pendidikan, dan pelbagai keperluan asas yg lain.

Malaysia berharap untuk menghantar 2 buah kapal bagi menzahirkan solidariti rakyat malaysia terhadap mereka yang ditindas di Gaza.
Bantuan amat diperlukan amat sangat daripada semua rakyat Malaysia.Dengan RM 10/ sebulan, insyaAllah dengan sumbangan anda ianya akan bersama-sama membantu dalam menjayakan misi ini.

Hulurkan bantuan kepada:

Tabung Palestin HALUAN
Maybank 5-644-902-085-28


So ..saya menyeru lah ye..kepada kenkawan semua untuk turut membantu dalam usaha murni ini.InsyaAllah semoga apa yang kita sumbangkan akan mendapat keberkatan dari Nya.Amin..

Suasana pada malam tersebut.Jom saksikan..











4 comments:

Ummi Hanie said...

masyaAllah...
bagus nyaaa kalau semua umat islam bersatu mcm ni kan..:)

MysDear said...

mudah-mudahan..harapnya begitulah hendaknya :)

QalamNurani said...

salam..
kekuatan umat Islam bukan hanya dinilai pada seteguh mana perbarisan yang dibuat..tapi sejauh mana panjangnya saf solat jemaah..jgn jadikan ari palestin nie,ari bermusim..boikot barang israel..utamanya KFC yg menjadi kegemaran warganegara Malaysia..wallahuam..moga kita diberi kemenangan menjadi umat terbilang.."Ya Allah nyahkan Israel dari bumi palestin..berikan kemenangan kepada umat islam seluruhnya..allahumma amin.."

MysDear said...

w'ssalam...insyaAllah..keluarga kami memang boikot barangan israel.KFC N mcD.
InsyaAllah sesama lah kita berdoa demi agama kita.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.