Monday, May 17, 2010

Setahun bergelar suri rumah sepenuh masa

Hmm..sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah hampir setahun saya “berjawatankan” surirumah sepenuh masa.Sungguh tak sangka akhirnya saya akan menjawat gelaran tu.Sebenarnya telah lama saya tanam hasrat untuk menjadi surirumah sepenuh masa..sejak azali lagi! Hehehe ( tak de laa…acah jer tu…) sebenarnya,saya berimpian menjadi surirumah semenjak di bangku sekolah lagi.Masa tu , saya di sekolah menengah.Tak taula napa masa tu saya sudah menanam impian sebegitu.Mungkin sebab faktor mak saya memang seorang surirumah.Mungkin..tapi yang pasti saya sudah lama berimpian ‘jawatan’ tu.

Memang saya akui, untuk membuat keputusan ini bukannya mudah.Apatah lagi untuk melaluinya nanti.Saya telah berbincang dengan suami semasak-masak nya sebelum keputusan ini dibuat.Banyak faktor diambil kira.Daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada perkara yang sebesar-besarnya.Yalah kan..waktu tu zaman agak gawat..ekonomi negara agak merundum, harga barang naik secara mendadak.Banyak faktor yang kami bincangkan sebelum membuat keputusan.Memang agak payah.Tapi oleh kerana ada sesuatu tekanan yang mendesak di kala itu, telah menjadikan ianya suatu asbab untuk saya terus tekad dengan keputusan untuk berhenti kerja. Memang ada kesan pro dan kontranya.Tapi biasalah tu…tak da bende yang kat dunia nie kita boleh dapat semua.Nama dah dunia..lainlah kalo kat syurga…kan…kan…


Ok..nak tau apa kesan positif dan negatif yang saya rasai sejak setahun nie? Okeh….
ringkas je k..


Kesan positif secara umum

  • Selesa dengan sistem pejagaan anak-anak saya sekarang.Semua saya urus sendiri atas kehendak saya.Kalo dlu dengan maid, banyak benda yang kita terpaksa fikir.Nak tegur pun takot org kecik ati lak (walaupun saya nie jenis sound direct :P )
  • Tak perlu nak mohon cuti…sbb sekarang..hari-hari boleh cuti..hehe
  • Tak der sangat rasa bersalah jika menepek depan pc sbb buat kerja lain selain kerja opis
  • Menjadi Boss pada kerja yang dibuat (I mean 2nd boss la..1st boss mestilah suami)
  • Tak perlu nak bergossip sesama rakan sekerja (yalah kalo kat opis kita tak bergaul nnt org kata kera sumbang pulak) Kalo kat rumah tak perlu dah nak bergossip..Jiran-jiran sebelah2 rumah semuanya bekerja.Nak mesyuarat tingkap agak mustahil ler :P

Kesan negatif secara umum


  • Of cos lah, pendapatan hasil rumah berkurang…
  • Tak dapatlah nak bermewah-mewahan macam kita berpendapatan sendiri..hehehe..tp..Alhamdulillah..dulu-dulu pun saya kurang bermewah-mewah dengan wang sendiri :)
  • Lambat dapat informasi kot… (tp sib baik ada tenet dan komputer kat rumah, tak da lah mcm katak bawah tempurung)



Mungkin banyak kesan positif dan negatif lain yang munasabah yang boleh anda fikirkan selain apa yang saya fikirkan.Tapi apapun kesannya, keputusan sudah pun dibuat.Tak boleh nak tarik balik dah…nak kata menyesal pun dh tak boleh dah….:) so, tekad hati kena bulat sebulatnya apabila membuat keputusan untuk berhenti kerja.
Cuma satu dalam kepala saya sekarang, keutamaan anak-anak yang paling dititkberatkan.Dengan kesukaran memiliki maid juga faktor membuatkan saya terus bertekad dgn keputusan tersebut.Apa jua dalam membuat keputusan pun, keutamaan amat penting.Mana yang perlu di dahulukan.So, saya pilih jalan ini.

Untuk ibu-ibu, mama-mama,umi-umi , mummy-mummy yang sejawatan dengan saya, kita perlu bangga dengan apa yang kita jawat sekarang.Soal rezeki, rezeki Allah luas…rezeki Allah ada dimana-mana.Anak-anak pun dikira rezeki tau.:)


Sekian wassalam…






8 comments:

ummufatihah said...

cemburunya.... dah lah kinek tuk opis dah kenak bar fb.. :) baruk tauk kenak rajin update blog nak... :)

blackcardomompods said...

satu kesan lain lagi,kita seakan lupa akan benda yang kita keje,study,pastu org mungkin pandang kita semcm je.plus kita pun jadi ambik mudah,otak dh lama relax.hihihi,kesan positp,dpt mendidik anak dgn air tgn kita.takdelah risau anak kena dera dek maid ke apa.

MysDear said...

m.yah ~ hehe..x perlu cemburu..selagi keluar bekerja dengan redha suami dan tak melanggar syariat..dpt pahala jugak tau :)


blackcardmompods ~ hehehe..memang pun..otak nie kalo lama dh tak di asah memang jd tumpul..sbb tu kne selalu aktifkan otak kita..luangkan masa untuk membaca..x kiralah bahan bacaan apapun..janji berpekdah..
yups..kita dpt didik anak dgn air tangan kita,x risau sgt tentang sapa nak jaga, makan apa..semua kita leh tengok2 kan..

Sakinah said...

Salam,

betullah rezeki tu bukan setakat harta tapi kebahagiaan jg rezeki. Rezeki itu pula boleh jadi datangnya dari sumber yg tidak dijangka.

tak semua isteri sanggup jadi surirumah sepenuh masa..yg saya godek2 (betul ke perkataan ni) forum berkaitan ni ada yg taknak jadi surirumah sepenuh masa sbb katanya bosan asyik kat rumah dan buat benda yg sama setiap hari.

apapun kalau kerja yg penting redha suami la kan sbb izin tak sama dgn redha..seseorang suami bila mengizinkan isteri dia kerja tak semestinya dia redha (redha --> suka).

thanks perkongsian ni kak :) malu pula sbb banyak bertanya sebelum ni.

BIONIC WOMEN said...

salam kak..
saya dah 2 tahun lebih bergelar surirumah. ALhamdulillah, walaupun byk tekanan dati org2 yg x paham knpa saya amik keputusan tu di waktu muda, tapi saya rasa bangga dapat membesarkan anak dgn tgn sendiri, dapt menyusukan anak selama mungkin..dan yg paling menenangkan bila saya sambut suami balik kerja..siapkan makanan..saya rasa bangga tiap kali lihat suami saya senyum depan pintu..

MysDear said...

sakinah ~ yup betul..kebahagiaan juga satu rezeki..spt yg akak katakan rezeki Allah luas..
sama-sama sakinah...entry nie adalah pendapat x seberapa dr akk..maybe ada lg pendapat yg lebih bernas.Akak menulis lebih kepada pengalaman sendiri je :)

bionic women ~ tahniah buat eily...mulut org kita x dapat nak tutup...tp selagi kita buat atas redha suami..x perlu rasa bersalah ataupun rasa kurang best..org boleh berkata..tp yg mengalaminya kita sendiri..kita lebih tahu apa yg kita buat ..tak gitu ? :)
syabas untuk eily...semoga rumahtangga eily sentiasa dalam rahmat Nya selalu :)

Aliza Yunus said...

Salam,

Salam perkenalan, maaf kerana baru sempat meninggalkan komen disini.

Tahniah kerana berjaya melepasi setahun berada dirumah. Moga terus tabah dan redha dengan keputusan yang diambil, juga sentiasa tenang dan ceria selalu.

Surirumah ni tugas utama kita, walaupun banyak dugaan dan cabarannya.

Moga Allah merahmati Insan yang ikhlas berada dirumah untuk mendidik anak-anak agar menjadi insan yang hebat suatu ketika nanti.

wassalam.

MysDear said...

W'salam...terima kasih..mudah-mudahan sama-samalah kita dapat buat yang terbaik dan hasil yang terbaik insyaAllah..

Hasil tulisan blog Aliza juga telah menjadi inspirasi juga motivasi untuk saya terus berkeyakinan.Terima kasih ye.Terus lah menulis...saya dan yg lain suka membacanya :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.