Friday, May 28, 2010

Selamat Ulangtahun kelahiran anakku,Zubair.

Pagi tadi seawal subuh, saya dah bangun.Sebab ada misi yang belum selesai...Bangun2 jer terus menyental baju sekolah anak-anak, lepas tu blablabla...dipendekkan cerita, hari ini cuti umum.Semua telah maklum kan..kebetulan birthday my boy, Zubair jatuh pada hari ni.
Malam tadi sempatlah baking kek coklat untuk dia, siap jer kek coklat tu..saya buat Pie crackers la pulak...teringin nak makan..coz dah lama dah tak buat Pie crackers nie.Lagipun cuti2 begini, anak-anak semua kat rumah.So, cuti-cuti ambik peluang masak yg special la kununnya.





Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran Zubair yang ke 8 tahun.Kadang saya terlupa, saya ingatkan dia dah darjah 3.Pernah sekali,masa nak beli buku kerja praktis dia, saya selalu tersilap ambil..ambil yang darjah 3 punya.Badan punyalah semangat, dah nak sama tinggi dengan kakaknya, Nafisah.Bab makan memang berselera.Tak hairanlah,bab makan memang dia no1.Kadang risau juga, takot jadi obesiti la pulak.Tapi,Alhamdulillah sejak berpindah di sini, agak susut skit badannya.Mana taknya, sekolah dari pagi sampai petang.Cuma kalo cuti panjang, berat badan dia bertambah semula lerr...adeii!

So, dipendekkan cerita lagi (nak pergi mandi dah nie :P ), doa saya semoga di hari yang amat bermakna ni,Zubair menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya.Semoga semakin bagus dalam pembelajarannya dan semoga di murah rezeki dan dipanjangkan usianya...amin..


p/s: jenguk2lah my 2nd blog tu... dah upload segala pics apa yg patot :D









7 comments:

Jojoe said...

hepi besday!!!,,kim salam zubair yang semangat tapi cute..takper kak..yg penting dia sehat... moga dipanjangkan umur dah dimurahkan rezekinya..!! ;-)

p/s: mintak kek coklat skit..hehehe

Ummi Hanie said...

hepi besday zubair kiut! :)

kakchik said...

salam mysdear.
kakchik nak ucapkan trm ksh singgah di blog kakchik.
dan nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada Zubair.
semoga menjadi anak yang soleh dan taat kpd ibu bapa.

blackcardomompods said...

ha...baru senang hati mau komen,takde dah debunga yang buat ct allergic.by the way,nk panggil u dear or apa2 nama?

big birthday party pasni ya,nanti buleh sematkan di sini

MysDear said...

ekekeke...allergic ye...ada bersin tak? :P
nk panggil saya apa? panggil la pape jer...dear,mys, mar, no hal :)

hehe..majlis ringkas je ct..cuma sonok time zubair tekejut badak tgk transformer die dok ats cake.Lupa nak beli utk hiasan atas cake punya pasal...hehehe...

Sakinah said...

salam,

happy birthday to Zubair..jadi anak yg soleh ya.. ;) Samalah muka Zubair dgn adik dia.

MysDear said...

terima kasih auntie sakinah...yup sama tp x serupa..mata die sepet, adik die mata bulat.tp pasal makan..memang hobi yg sama :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.