Sunday, May 23, 2010

Motivasi diri anak-anak

Catatan 15 Mei 2010, Sabtu.



6:30 pg - bangun pagi dan solat subuh, kejutkan babah, Nafisah dan Zubair.

7:00 pg - sapu-sapu, kemas-kemas rumah, babah turut membantu, sesambil buat breakfast.

7:30 pg - kejutkan anak-anak, suh pergi mandi.

8:30 pg - breakfast sama-sama

9:00 pg - bertolak dari rumah.

9:30 pg - dalam perjalanan..tiba-tiba Nafisah suh patah balik! Gambar berukuran pasport kena bawa.Tak patah balik, terus ke kedai gambar.


9:50 pg - tunggu kedai gambar bukak untuk beroperasi.Kelihatan amoi santek tengah sapu-sapu kedai.Terus g tanya, nak buat gambar berukuran pasport 'instant'.Ambil masa 20 minit untuk siap.


10:00 pg - masuk kedai.Nafisah terus masuk bilik untuk di ambil gambarnya.


10:20 pg - gambar instant siap di proses.Ada dalam 8 keping = 15 hinggit.terus call babah gtau urusan dah selesai.

10:30 pg - tunggu babah...dia sesat la pulak..tersilap parking kat bangunan lain.

10:35 pg - Perjalanan di teruskan.


11:40 pg - Selamat sampai ke destinasi dituju, Sri pentas, TV3..pusing-pusing cari parking.Parking penuh.Babah hantar kami masuk, sementara tu dia pergi cari parking.

di perkarangan Sri Pentas, TV3


11:50 pg - masuk disambut mesra oleh beberapa student praktikal dan isi borang serta tempek gambar instant td.Kami di bawa masuk ke bilik ujibakat.

12:00 tghari - Kami masuk dan duduk menyaksikan peserta lain yang diujibakat.Nafisah mulai gelisah..

12:17 tghari - Giliran Nafisah diujibakat - mengaji bertaranum.Berdebar-debar katanya.

sedang bertaranum

12:30 tghari - Kami keluar dari bilik ujibakat, prepare untuk ujibakat kedua, Sirah Nabi (bercerita).Tapi Nafisah langsung tak bersedia untuk sessi ini.Oleh kerana atas permintaan diorang, Nafisah terpaksa juga..kesian..

1:17 ptg - Sessi kedua bermula.Mulanya nak bercerita..last-last bernasyid pulak...


sedang mendengar penerangan sebelum bernasyid


1:22 ptg - Urusan selesai.Kami singgah pergi lunch.Sebab dah lapar sangat2 semuanya.Kesiann..


Catatan di atas merupakan catatan minggu lepas, sewaktu kami menghadiri ujibakat di Sri Pentas, TV3.Pagi tu, tak ramai kanak-kanak sebaya Nafisah yang hadir.Agaknya petang tu ramai la kot.Kami ke sini atas pemilihan guru kelas dia untuk menyertai ujibakat bagi rancangan terbitan terbaru TV3 iaitu Kalamullah dan Sirah Nabi yang bakal di tayangkan di TV3 pd bulan Ramadhan nanti..Memang agak terkejut juga, apabila suami mendapat call dari guru kelasnya.So, kami pun try jerla demi untuk memberi sokongan moral untuk Nafisah.....Kanak-kanak yang lain terlibat tu pun, terer-terer jugak semuanya.Belum lagi yang datang sebelah petangnya pulak.Sian Nafisah..pucat putih muka dia.Apapun ,peristiwa hari tu merupakan pengalaman baru untuk Nafisah dan adik-adiknya..lulus ke tidak..itu belakang kira, yg penting pengalaman berharga untuk berani tampil di hadapan orang ramai.







cute

6 comments:

shafida said...

assalamualaikum, apa khabar akak...terima kasih kerana melawat blog dan sudi memberikan semangat kepada saya..

VCD / CD/ DVD/ Video...tentang pelajaaran untuk anak2 yang ada dipasaran tu...ada gak yang saya beli..tapi katun yang tak berpekdah dalam astro tu lebih melekat di hati anak2 saya...sekejap jer pasang VCD nye...dah menangis2 minta dipasangkan cerita katun kat asrto....padahal baru jer 3 bulan ayahnya pasangkan astro...tu pun sebab kat batu caves nie xdapat siaran...gangguan monyet org India yg besau itu)..heheheh gurau jer..(maaf orang India yer)

tapi INsya-Allah, saya akan cuba juga...terima kasih atas semangat itu..

Sakinah said...

Salam

Yalah, bukan lulus/tak yg penting. Apapun semoga lulus :)

Jojoe said...

Waaa...terujanya..wish her all the best... dapat atau tidak yang penting pengalaman..tu yang paling berharga...

MysDear said...

w'ssalam Shafida, pengaruh astro terutama cenel katun tu memang kuat sangat2 terhadap budak2.Uishh...dlu2 masa ada astro cenel katun tu..siksa rasa jiwa akak ni,mana taknya..anak-anak menepek depan tv tak kira masa.Makin lah kalo cuti sekolah.Belajar tak menentu, kita panggil pun diorang tak dengar.Skg nie dah tak ada astro dah umah kami, sebab baru berpindah.Aman je rasa.Suami kata nak pasang astro nanti, awal2 dh cakap kt dia cenel katun jgn ambik.hehehe...lagipun Shafida tau kan jenis katun kt astro tu, entah apa2 kadang2.Akak lebih suka beli vcd/dvd jer, sekurang2nya kita dapat tapis cerita katun mana yg bleh n x bleh :)

Tak pe lah..pelan2 ajar diorang.Akak pun kadang rasa apa yg shafida rasa.Sama2lah kita yer untuk teruskan perjuangan yg belum selesai tu..ehehe..semoga shafida berjaya dalam misi shafida tu.Good luck! ;)

Sakinah~ w'ssalam..hehehe.. akak x nak berharap sgt sakinah..anggap sebagai pengalaman baru buat diorang pun dh memadai :)

joejoe/ anis ~ ya betull tu..pandai2 ..hehehe :P

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

betul.....sama ada di terima atau tak, belakang kira. yg penting nafisah dapat ilmu dari ujibakat itu. semoga nafisah terus succsess.....seronok kan tgk anak dapt pengalaman baru.

MysDear said...

terima kasih fiza...just cuba2 je ari tu..x cuba x tau kan..cmna pengalaman baru tuu..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.