Monday, May 24, 2010

Monday Blues??

Surirumah alami Monday Blues jugak ke? heeee...mungkin saya orang yang pertama kot."Elehh..dok umah pun Monday Blues jugak..nyampah! lain la kita nie g keje awal pagi, balik lewat petang.. " hehehe...ilek la geng! jgn lah marah kite..apa ingat Surirumah tak de monday blues ka? Setiap monday , ada je blues nya.Yalah ..dua hari 'bersantai panjang', hari nie 2 longgok bakul penuh dengan pakaian baju yang minta dilipat.adoi!

Sebenarnya, dua hari cuti pun tak da masa rehat sangat buat saya.Pada dua hari tu, saya kena buat laundry, kena masak-masak dan sbgainya.Kalo tak buat laundry, nanti tak cukup tempat nak menyidainya pulak.Nak tak nak kena buat laundy jugak la jawabnya.Tu pun kira ok lagi, sebab semalam saya dah buat laundry awal-awal.So hari nie tak yah nak buat laundry seperti selalu iaitu pada pg isnin.Sebab semalam dan hari sebelumnya saya dah buat laundry.Bila tengok baju pakaian menimbun berbakul-bakul, terdetik dalam hati..kalo bukak kedai Dobi nie..teramatlah menguntungkan.Hehehe...pergh! berangan la tu...

So, apa kata saya bagi tips untuk mengatasi Monday Blues nie ,yang saya dok cedok daripada hasil surfing internet baru-baru ni.Walaupun Monday ari ni nak sampai penghujungnya..tak pela, bleh guna Monday minggu depan pulak kan.(Pagi td tak sempat nak post, wat keje lain)




15 Tips Tangani Monday Blues


Tidur lebih awal pada malam Ahad dan elakkan aktiviti luar pada malam itu. Sebaik-baiknya pilih hari Sabtu untuk keluar bersama keluarga. (kadang saya tak dapat tido time malam, takot tak sedar esoknya)


Lakukan persiapan untuk keesokan hari lebih awal (bukan pada waktu pagi Isnin ya!) (Baju sekolah anak-anak dah saya siapkan pd malamnya.Next!! )


Bertenang dan tarik nafas setiap kali bangun pagi. Jangan lupa berdoa selepas solat subuh agar diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh kehidupan hari ini. (Bangun subuh mesti bangun..solat! solat!)


Bersenam setiap pagi sememangnya diketahui akan manfaatnya untuk kesihatan tubuh. (tak berkesempatan lagi nak senam2 nie :P )


Rancang perjalanan anda setiap hari. Keluar lebih awal untuk ke tempat kerja.( untuk para ibu2 dan bapak2 semua ya..dengar tu! )


Sebelum keluar rumah, usah lupa berniat di dalam hati. Mulakan dengan Bismillah...dan lebih utama niatkan dalam hati apa yang kita lakukan adalah kerana Allah. (Niat kena betul...)


Jika timbul rasa malas, bosan dan tidak bersemangat, cepat-cepat sedarkan diri anda. Buka minda dan hati.(lawan perasaan malas la kot..)


Hayati keindahan alam mampu mengundang ketenangan. Hirup udara segar di pagi hari dan bersyukurlah masih dipanjangkan usia dan mengagumi ciptaan-Nya.(Subhanallah... )


Mulakan sarapan di pagi isnin dengan secawan kopi atau teh panas.(of cos ler dgn kopi..hee..)


Bayangkan perkara-perkara positif di tempat kerja pada malam ahad. Jangan bertangguh kerja dan jika berlaku kesilapan, jangan rasa takut kerana manusia belajar menerusi kesilapan.(Betul tu..)


Kemaskan ruang kerja pada hari jumaat sebelum pulang dari kerja bagi memastikan mood dalam keadaan baik pada pagi isnin. (untuk tak rasa serabut kot time hari monday tu)


Fikirkan idea-idea kreatif yang boleh aplikasi di tempat kerja esok hari. Jika sukses, jangan lupa ucap tahniah untuk diri sendiri ya! (try buat...!)


Dari segi penampilan diri, boleh ubah suai asalkan masih kelihatan sopan dan anggun.(dan tak melanggar syariat)


Amalkan gaya hidup sihat iaitu pemakanan dan diet yang betul, bersenam secara konsisten dan sentiasa berfikiran positif.(badan dan minda yg sihat daripada tubuh yang sihat)


Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah. (agak-agakla senyum..senyum sensorang tu bahaya jugak..)


p/s:Cukup tak 15 tips..try hitung balik...hihihi..







cute

4 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

cantik la blog akak skrg.... amik templete kat mana?

MysDear said...

mekasih fiza...lama jugak dok godek..tukar2 template..last2 jumpa yg nie..fiza leh klik..kat bawah sekali blog nie..kt situla websitenya :)

Jojoe said...

ahakss...ari ni dah selasa..hehehe..anis jarang monday blues..biasanya ari ahad yg blues sebab sini ahad dah keja..apapun, thanx for the tips..lebiuuuu..

MysDear said...

hehehe...simpan tips nie utk sunday blues minggu depan ye :P



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.