Friday, May 7, 2010

Minyak Wangi Beralhokol & Hukumnya.

Tertarik saya untuk terus membaca artikel ini sampai habis tadi...terdetik idea untuk share dengan kenkawan bersama...moga dapat sedikit ilmu dari artikel ini..InsyaAllah.


*Gambar Hiasan


Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat. Adakah ia najis dan bolehkah jika kita memakai minyak wangi sebegini di luar solat?.




JAWAPAN

Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis. Pun begitu tidak dinafikan terdapat khilaf dalam menanggapi kenajisan arak dan juga alkohol. Namun bagi tidak mengelirukan orang awam dengan perbahasan ilmiah, saya kira cukup untuk kita berpegang dengan ijtihad majoriti ulama.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke ALAM BARZAKH dengan segera ! dan bukannya mabuk.

KESIMPULAN

Menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEMEN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

Tetapi WAJIB DIINGAT, WANITA DIHARAMKAN untuk memakai wangian ketika berada di khalayak lelaki yang bukan mahramnya, sama ada ada alkohol atau tidak ada, sama ada di ketika berada di tempat kerja atau lainnya. Pengharaman ini telah disebutkan dengan jelas oleh nabi s.a.w.

Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :


أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Jika ada wanita yang bertanya "adakah Islam suruh wanita-wanitanya busuk di luar rumah?", sila baca jawapan dan ulasan saya di artikel lain di sini. http://www.zaharuddin.net/content/view/296/99/



Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/279/95/




4 comments:

Jojoe said...

nice artikel kak..thanxs for the info.. huhuh.. selalu pakai minyak wangi, tapi kalo niat bukan tujuan nak tarik perhatian lelaki camner???huhuhuh

BIONIC WOMEN said...

kak..tq for sharing..tapi mcamaner kalau kita pkai sekadar utk tdk berbau busuk? Pening jugak ni..klau suami komen awak ni x pakai myk wangi ker? ape harus kita buat..huhu

MysDear said...

Joe/anis ~ sama-sama anis...sekadar utk kta kongsi bersama...hmm ..walaupun niat kita tidak utk ke arah menarik perhatian lelaki ..tp Rasullulah telah bersabda di haramkan ke atas wanita untuk memakai wangian..maksudnya..walaupun niat kita tidak utk menarik perhatian lelaki tetapi kta kena tau niat tidak menghalalkan cara.Cara - hukum utk memakai minyak wangi bg perempuan d khalayak lelaki bukan muhrim adalah haram.Manakala niat - memakai minyak wangi bkn utk tarik perhatian lelaki.so, hukumnya sudah tertulis haram KECUALI depan suami, depan adik bradik lelaki dan muhrim kta yg lain..x pe :)

nie akak quote dr http://www.zaharuddin.net/content/view/296/99/ (ustaz zaharudin punya website)

Wanita dan Wangian Di Tempat Kerja



Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.



" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.



Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang sedikit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.



Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :



أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?



"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.



Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut.



eily ~ kalo suami kata mcm tu..kena pakai lah minyak wangi tu...depan suami memang digalakkan sangat2 pakai minyak wangi.Terutamanya dalam kamar tdo.Lagipun suami tu kan muhrim kita..takan berdosanya..dpt pahala lg lah.Cuma kalo pakai minyak wangi kat luar tu sampai 30m org dpt bau..tu x boleh.Lagi2lah kalo lelaki2 bukan muhrim yg tercium bau wangi tu.


Wa'allahualam..apa yang akk rujuk nie dr website Ustaz zaharudin..dan sedikit ilmu yg akk ada. Harap dpt membantu.

Jojoe said...

owhh...ok..terima kasih kak..cepat jawab tag..nak tengok gambar apa kuar..hehehe



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.