Saturday, May 29, 2010

Malam dan hujan




sepinya malam tiada bintang..
bulan seakan malu di sebalik awan
awan yang sarat
angin berlagu tenang ..
kekadang bernada kencang tetapi enak
sejuk menusuk ke dalam ruang epidermis
atau mungkin sudah sampai ke dermis..
adakah itu suatu petanda,
turunnya hujan
bersama rahmatNya yang maha agung..
lantas bibir berbisik syukur padaNya..
Ya Allah...turunkan rahmatMu bersama hujan
yang memberi manfaat..pada hambaMu sekalian alam...










*epidermis = Lapisan pertama yang terbentuk daripada keratin yang keras.

*dermis = Lapisan ke dua dipanggil dermis
- Ia mengandungi collagen, fibroblast dan elastic fibers
- Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyuburkan
epidermis
- Ia mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh.
Kelenjar minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak














No comments:



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.