Wednesday, May 19, 2010

Kopi oh Kopi!

Dua-tiga hari ni, mata cepat jer rasa mengantuk.Selepas saya membuat 'kajian', barulah saya tahu apa puncanya.Puncanya di sebabkan lupa nak ambil kopi! Kopi??? diri tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah sekarang saya dah tergolong dalam kumpulan 'ketagihan' kopi?ohh..tidakk....

Serius saya katakan, biasanya setiap pagi saya akan mengambil secawan kopi (nescafe + krimer).Kononnya untuk menyegarkan mata daripada mengantuk.Sebab kalau saya mengantuk, nak buat kerja pun payah.Entah mengapa dua-tiga hari ni saya langsung tak sentuh walau secawan kopi pun.Langsung tak terlintas nak bancuh kopi.Tak hairan lah saya cepat mengantuk.Lagipun kalau kat rumah saya, anak-anak dan suami lebih gemar Teh ataupun Milo.

Tadi, sambil surfing terlintas untuk mencari fakta-fakta yang menarik tentang kopi.Alhamdulillah terjumpa satu laman web yang membicarakan tentang 10 Fakta Tentang Kopi yang anda perlu tahu.



Di negara-negara beriklim sejuk, meminum kopi menjadi amalan lazim bagi penduduknya. Di Finland misalnya, aktiviti minum kopi setiap hari dilakukan sekerap 3 jam sekali di waktu pejabat. Di Kanada, kopi menjadi satu minuman penting dalam rutin harian warganya. Tidak mengira tempat dan waktu, di mana-mana sahaja kelihatan orang membawa cawan kopi atau minuman seumpamanya.Tidak hairanlah, kedai-kedai kopi pelbagai jenama muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. Dan kopi seolah-olah menjadi fenomena baru warga dunia zaman kini. Sebut sahaja Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Kopitiam, Warung Kopi Pak Ali atau Kedai Kopi Ah Beng semuanya menjual pelbagai jenis minuman berkafein ini. Catatan pendek ini mengajak pembaca menyemak fakta-fakta tentang kopi.

1. Kopi ditemui oleh kambing

Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.(fakta yang menarik ni..terima kasih kepada kambing..hehee)

2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya.

Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.(Baru berjinak-jinak dengan kopi..kurang arif tentang jenis kopi..hee :D)

3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi

Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!(Ohh..macam tu ker??....)

4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia

Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.(Mesti guna bahan kimia nie jugak ke?..bahaya ke tak ek?)

5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%

Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.(Ok2..faham2...)

6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk

Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.(Betul la tu...pekena kopi secawan segar bijik mata)

7. Kafein boleh mengurangi rasa sakit

Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.(Untuk yang tak tegar, tak memberi kesan la kott..)

8. Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks

Kajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar.(err...no komen..hihihi)

9. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan

Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya.(Saya setuju!)

10. Kafein boleh membunuh

Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!(Dalam apa jua pemakanan pun kena sederhana...jgn berlebihan dan jagn berkurangan)


Dan yang terakhir, ada satu lagi tambahan dari penulis..

11. Harga secawan kopi lebih mahal dari harga satu liter petrol
(ada kebenarannya tu...hehehehe)



So, kesimpulannya..esok kena ambil secawan kopi la gamaknyer...satu kali dalam satu hari memadailah.Karang memalam sukar pulak nk tidur.Naya!






9 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

samalah kita
tiap hari mesti ambik secawan kopi sauda`...
kopi kegemaran hamba...hehe..

MysDear said...

a'ah mesti minum secawan kopi..kalo x keja x menjadi.Lama x minum susu sauda.

Sakinah said...

Salam,

Wah bestnya perkongsian ni..saya pun peminum nescafe jg. pernah jadi ketagih minum 3/4 cawan sehari tapi sekarang tak lagi la.

keluarga saya antara penyumbang ekonomi kopi hihi. kami ada kebun pokok kopi. kerja2 dari petik sampai tumbuk (cara tradisional buka kulit kopi) sebelum dijual memang dah biasa dari kecil. tapi tak tahula kopi jenis apa kami tanam tu.

Jojoe said...

anis xleh minum kopi..satg pening kepala...teringin nak minum nescafe cam dulu..tapi dah tak brani,.huhuhu

MysDear said...

Fiza ~ salah taip daa..susu lak..kopi laa..teringat td nk bancuh susu anak..hehe

sakinah ~ whoa ..sama lah kita..hehehe..peminat kopi.Mesti sedap kopi kebun family sakinah tu.Bau fresh dan nyaman.Biasanya kopi cm tu..memang sedap!

Anis~ akak dlu2 memang mcm anis..x dapat minum kopi, bau pun leh buat akak pening.Skrang, hmm..tok sah ckp..cium bau dah rasa berselera..terliur..hehe

ummufatihah said...

saya kalau rasa pening2, selalunya kalau layan perls, insya'Allah stabil.. :)

MysDear said...

ummufatihah~ lamak eh sik minum perls ya..mun sik dolok nang sik pat jauh.Nektok jarng minum..panas jak sa.umah sik da ekon..hehe

a01lida said...

ekekek~ tergelak sorg2 baca yg last skali :P

sy minum kopi psl sy sker bau kopi
besss~
tp skrg dah mcm xkisah haha

byk minum kopi ada side effect~
4-6 cwn max satu hari
lebih? rs mcm baru lps lari marathon! hehe~

MysDear said...

aO1lida ~ begitu tingginya nilai kopi nie ye..mahal dr petrol.Sememangnya bau kopi tu, aroma dia sungguh memikat..cewah mcm iklan la pulakk...hehe
lari marathon ye...saya ske dgn kenyataan tu..hehehe



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.