Tuesday, May 11, 2010

Hidangan simple

Sambil berblog, sempat juga menjengah ke dapur tadi.Bukan setakat menjengah, tetapi kena masak daa...Lauk tengahri ini agak simple sekali.Sup cendawan dan ikan terubok masin.Desert nya pula bubur durian.Tapi bubur durian tu, untuk juadah minum petang sebenarnya.Tunggu anak-anak balik sekolah untuk menjamu bersama-sama.

Awalnya dia masak bubur untuk juadah petang?? mesti ada yang tertanya-tanya..hehe..bukan apa, time beli durian semalam, gtau kat babah.." petang esok kita makan bubur durian ye".Babah tanya balik la kat saya, "sempat ke?? nak g ronda-ronda kat kedai peralatan kek lagi.Balik-balik nanti dh pun petang.Saya jawab lah..."alahai..sempatnye!" sambil tersenyum kambing.So, saya dah kotakan apa yang saya janjikan.Tak sabar nk tunjuk kat babah.bubur tu saya dh masak dah! So, boleh saya ronda-ronda dengan hati yang tenang :P

jom kita ronda-ronda! ;)

No comments:



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.