Monday, May 31, 2010

Dia Maha mengetahui..

Terharu dan terpujuk rasanya hati saya apabila membaca artikel ni tadi.Agak ringkas tapi padat.Artikel tersebut adalah seperti berikut:


Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.




Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.


MysDear - Apa jua yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya.Perancangan Allah lebih hebat daripada yang kita rancang.Konvoi LifeLine to Gaza seperti kita ketahui sekarang sedang berhadapan dengan serangan Israel laknatullah namun sekurang-kurangnya ianya telah menambat hati orang bukan islam untuk mendekati islam lantas mengucap dua kalimah syahadah.MasyaAllah!

2 comments:

Jojoe said...

xsemua org dapat hidayah mcm ni kan kak..alhamdulillah.. :-)

MysDear said...

a'ah...org terpilih jer...
Alhamdulillah..beruntung dia nie.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.