Thursday, May 20, 2010

Kelahiranmu, Persekolahanku (Anak-anak cermin kepada ibubapa)

Hari ni genap seminggu hari lahir Nafisah ke 11 tahun berlalu (agak terlewat nk post di blog ni)Jumaat lepas 14 mei 2010, sambutan hari lahirnya agak ringkas sekali.Beberapa bijik cupcake dan bacaan doa selamat daripada Babah.Gambar cupcakes tu saya upload kemudian(percubaan pertama membuat kononnya) di my 2nd blog .
Be alert k!(edisi prasan, mcm la org nk tgk :P)

Memang setiap tahun ulangtahun kelahiran anak-anak saya di sambut dengan begitu sederhana sekali.Biasanya sebijik kek dan bancuhan air sirap atau sunquick sudah memadai.Hadiah-hadiah dibungkus sebagai tanda kasih sayang untuk yang meraikan ulangtahun kelahiran.Kekadang hadiah diberi awal daripada tarikh sebenar.Kekadang pada hari ulangtahun kelahiran dan kekadang lewat sikit daripada tarikh tersebut.Tak menentu.

Sebenarnya, Sambutan Ulangtahun kelahiran ni hanya sebagai untuk menggembirakan hati anak-anak.Mungkin ada sesetengah ibubapa meraikannya dengan besar-besaran.Tak salah, itu ikut pilihan masing-masing.Selagi tak melanggar syariat tak mengapa.Cuma acara meniup lilin seelok-eloknya di 'skip' kan.Saya kurang pasti pula kenapa.Tapi apa yang saya pasti ianya ada kena mengena dengan larangan agama.Cuba pergi ke link nie..Di situ ianya ada menerangkan mengapa tidak boleh ada acara meniup lilin.




Berbalik dengan ulangtahun kelahiran Nafisah, telah menyedarkan saya betapa tuanya saya sekarang.Yalah kan...Bila anak sulung meningkat usia, maknanya usia seorang ibu itu juga meningkat..justeru usia perkahwinan pun meningkat sama.Selama 11 tahun saya membesarkan dia, ternyata bukan semudah yang saya fikirkan.Besar tanggungjawabnya, berat hendak dipikul.Anak-anak anugerah Allah yang amat berharga.Juga amanah yang mesti dijaga.Baik didikannya, maka baik jualah hasilnya.Jahat didikan nya maka jahat jualah hasilnya.Tapi mana ada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka jahat seumpama tak dididik.Sejahat mana ibubapa tersebut, anak-anak yang baik jualah impian mereka.Ini kerana mereka tahu, anak-anak yang baik pasti kan menyenang hati mereka, anak-anak yang baik juga mengharumkan nama mereka,anak-anak yang soleh akan mendoakan mereka apabila mati kelak.

Daripada pengalaman saya yang terlalu cetek ini, saya masih lagi belajar dalam proses mendidik anak-anak.Kadangkala terleka, ada juga perkara yang membuat saya terlepas pandang.Apabila dah terlepas pandang, barulah terngadah berfikir semula dan cuba men'cover' balik keadaan tersebut.Itulah dinamakan proses pembelajaran.Daripada kesilapan saya cuba perbaiki.Daripada pengalaman, saya cuba pelajari.Masih jauh perjalanan untuk diharungi, masih banyak onak duri untuk di lalui.Belajar dan terus belajar, mendidik anak-anak saya yang lain dengan mengilhamkan daripada pengalaman 11 tahun belum lagi mencukupi rasanya.Banyak kekurangan diri yang mesti diperbaiki.Oh , maafkan mamamu ini... (teremosi lah pulak...)

So, kesimpulannya....11 tahun memberi ruang untuk saya belajar, menimba pengalaman sebagai seorang ibu, disamping memberi peluang kepada saya sendiri untuk mengenal diri.Sejujurnya, tanpa rahmat dari Nya ..mana mungkin saya boleh pergi sejauh ini.Thanks Allah!







4 comments:

Jojoe said...

thanx for the info sis.. kim salam nafisah...selamat hari lahir untuk dia... betol tu anak2 cermin ibubapa.wajar dididik sebaiknya.....selalu cakap kat budak2 anis mcm tu...

Sakinah said...

Salam,

Saya suka dengan cara akak didik anak tu. Sejuk mata tengok, kecil2 dah pakai tudung :) Saya setuju kita perlu biasakan anak-anak kita (opps saya belum ada rezeki, doakan ya..) dari kecil dengan kesederhanaan. Itulah yang dituntut dalam Islam kan; sederhana.

Saya tahu larangan tiup lilin tu drpd Dr. Juanda Jaya masa ikut ceramah dia. Sebab tiup lilin tu menyerupai perbuatan orang non Muslim.

Belajar sepanjang hayat. Semoga kak berjaya dan terus berjaya menjadi surirumah dan mendidik anak-anak menjadi harapan negara dan agama. InsyaAllah dgn menjadikan Islam sebagai panduan hidup.. Moga Allah rahmati famili akak :)

ummufatihah said...

Happy birthday to Mbok Cah...
Entri yang menyentuh perasaan dan mewakili semua ibu termasuk saya.. :)

MysDear said...

Anis ~ sama-sama anis..sharing is caring.Mendidik pelajar2 pun besar pahalanya.Nanti akak sampaikan salam anis pd Nafisah.


Sakinah~ w'salam...terima kasih sakinah.Masih belajar lagi nie..mcm yang sakinah gtau belajar sepanjang hayat even sampai ke liang lahad.
Semoga sakinah akan menjadi ibu yang baik nanti.Nanti adalah rezeki nya tu..akak doakan yer :)

ummufatihah~ terima kasih M.yah..sekadar luahan hati seorang ibu :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.