Friday, April 2, 2010

Selera makan

Hmm..kalau nak di bicarakan mengenai selera makan anak-anak...memang boleh jadi pening dibuatnya.Bukannya apa, lain anak lain selera makan diorang.Ada yang suka pedas, ada yang tak suka pedas.Ada yang suka ayam ada yang tak suka ayam...alahai...tengahari tadi kami lunch bersama kecuali Nabila.Sebab dia sekolah sesi petang.Hari ni masak simple jer.Udang rebus dan sayur campur.Berselera babah dan anak-anaknya makan.Mamanya pulak control-control selera :P kununnyaaa....
Petangnya, Nabila balik dari sekolah.Terus saya tanya dia nak makan ker? memang tengahari tadi saya simpan sebahagian lauk udang rebus untuknya.Time nak kopek kulit udang tu, dia dah buat muncung mulut.Dia kata tak suka pulak makan udang....aduhai...saya terlupa pulak yang dia memang tak suka makan udang.Puas pujuk suh dia makan,namun dia tak nak.Akhirnya, goreng telur la jawabnya.Tetiba pulak, Zubair pun gtau nak makan telur goreng jugak...dengan tak semena-mena Nabihah pulak nak join sama makan telur goreng.Saya pun apa lagi, goreng jer la tiga biji telur untuk mereka...Berselera lah pulak diorang makan nampaknya....fuhh...
So kesimpulannya, lain kali kena buat senarai panjang tentang selera anak sorang demi sorang.Bukan saya tak peka dengan selera makan mereka, tapi kadang-kadang boleh jadi terkonpius dibuatnya.Weekend ni plan nak masak besh-besh ...tapi nak masak apa yer?? hmm...fikir-fikir!



4 comments:

Jojoe said...

testing..testing..haaa... dah bleh komen dah..baru jer tadi nak bagi akak cadangan masak ayam merah..hehehehe...dah malam baru leh komen...aisehhh...

MysDear said...

adoyai...fenin ler anis akk tuka2 template...hehe..fenat d buatnya.ada template yg xdpt berfungsi plak...

ayam masak merah ye? good idea.sedap tu..tq2..

Jojoe said...

heehehehe..memang penin..anis pun penin gak mula2 tu kak...hehehehe...cam ner nak buat signature tu kak???huhuhu...

MysDear said...

fenin..fenin..2 malam tdo lewat..smpai nk kul 3 pagi.

anis klik kt signature akk tu...pastu die link kt website tu...hehehe



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.