Sunday, April 4, 2010

DVD Korea vs DVD indon

Buat masa sekarang , kami suami isteri kemaruk dengan dvd korea dan dvd indon...hehehe...yang drama korea tu babah yang minat sangat tgk...saya pun terjebak sama time babah tengok dvd korea dia tu...memang layan laa...Actually , drama bersiri korea tu disiarkan setiap isnin hingga khamis jam 11am di tv2( cewahh..mcm promo la pulak ye ).Memandang sekarang babah sedang cuti belajar maka banyaklah masa free dia tu.Mulanya nak follow jer drama tu kat Tv2, tetapi kadang masa pagi tu kami agak sibuk sedikit.Yalah time tu kira macam masa sibuk skit.Time tu lah nak memasak, time tu lah nak bangunkan Nabila ke sekolah and bla..bla..bla...so, kebetulan hari tu lalu depan kedai dvd kt shopping complex, tertengok lah dvd tu tersusun rapi kat rak kedai.Apalagi, babah bukan main seronok la dia.hehehe..hmm..jalan cerita drama korea nie memang best, berkisar mengenai kasih sayang sepasang adik beradik lelaki yang di lahirkan bukan sedarah sebenarnya.Drama ni bertemakan tentang kasih sayang, dendam kesumat , ketulusan hati, dan perjalanan hidup yang sememang nya ada di dunia realiti kita selama ini.Memang touching lah tengok cerita nie...terutamanya part apabila si adik mengetahui bahawa dia bukan darah daging mak dan abangnya..tetapi darah daging kepada musuh keluarga mereka, yang telah membunuh ayah mereka semasa mereka kecil lagi...sedih sangat-sangat part tu. Tapi tak da lah sampai nangis.Apepon memang layan...hehehe..

Dvd indon nya pula adalah dvd pilihan saya.Dvd tu saya beli di Pesta Buku Antarabangsa, KL yang lalu.DVD cerita tu di adaptasi daripada sebuah novel islamik indonesia iaitu "KETIKA cINTA BERTASBIH".Penulisnya merupakan buku novel islamik indonesia yang pernah meletup satu ketika dahulu, iaitu " Ayat-ayat cinta".Pernah dengar kan? dan telah dijadikan sebuah filem.Filem nya pun pernah mendapat sambutan yang amat luarbiasa, baik di indonesia mahupun di Malaysia.Filem "Ketika cinta bertasbih" ini, berkisar mengenai kehidupan seorang mahasiswa indonesia yang mengharungi kehidupan nya di Mesir.Kesusahan hidup mengajarnya menjadi seorang yang tabah dan kuat berikutan untuk menyara kehidupan keluarganya di kampung halaman.Tapi saya belum kesempatan menonton DVD ni lagi.Kena tunggu masa yang sesuai lah agaknya...sebab tak besh la..kalau menonton tanpa ada penghayatan.Cewahh...hehe..sebab penghayatan tu penting.Kalau tak , tak rasa touching nya tu, betul tak?

oklah..dh nak pukul 3 pagi dah nie..mata dah naik juling dibuatnya.Asyik sangat men'decorate' blog yang ternyata tak berfungsi siang semalam...thanx anis ye sbb gtau akk td... :) mornite.....


5 comments:

Jojoe said...

anis ni dah lama jadi antu korea kak..hehehe...ada gak koleksi drama2 korea...pernah tgk coffee prince tak???citer tu pun best... sama2...ajar la anis buat signature tu kak..hehehehe

MysDear said...

hehehe...hubby nie dlu2 dia kata apa la besh sgt cite korea tu..sekali die tgk cte yg die berkenan kt ati...die plak yg lebih2..hehe..

uiishh..coffee prince tu akk mmg ske tgk..besh betul!
signature tu..anis klik kt signature akk tu..nnt die link kt website tu.:)

Jojoe said...

hhehehe.. dah buat tapi server lembab..tak kuar2 lagi tandatangan anis haaa..thanx sis...anis ada koleksi vcd korea... semua best2..hehehe... my girl la antara yg best..hehehe..tapi mak marah..dia cakap membzir beli kotak vcd tu..huhuh

MysDear said...

sama2..:)

akak cuma ada boys over flower dan east of eden (yang cite fav hubby akk tu ) nnt nk ltak gamba dvd tu d cni.

Jojoe said...

ok...mmmuaaahhh....



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.