Tuesday, February 2, 2010

Main masak-masak

*Gambar Hiasan



Teringat dulu..semasa saya masih kecil, agaknya sebaya usia Nabila dan Nabihah..saya gemar main masak-masak.Kalo zaman saya dulu main masak-masak nie , saya dan sepupu perempuan saya..kami lebih suka buat sesuatu seakan real.Contohnya, kami akan main masak-masak menggunakan daun-daun atau guna apa saja benda-benda sekeliling kami.Periuk-periuk yang lama atau pun bahan-bahan yang terbuang seakan boleh digunapakai untuk kami main masak-masak..Zaman sekarang, alat permainan perkakasan main masak-masak semua tu sudah ada dijual di mana-mana jua toy store atau pasaraya.Saya pernah juga membeli permainan set masak-masak untuk anak-anak saya, tetapi seperti hangat-hangat tahi ayam jer..hari ni diorang syok main..esok dah jemu.Set permainan bersepah sana sini ..dah tak di perdulikan lagi...

Topik yang hendak saya bicarakan di sini bukanlah mengenai perbandingan dulu dan sekarang.Tetapi saya cuba tekankan kepada perkataan "memasak" itu sendiri.Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah artikel yang amat menarik hati saya.Artikel ini saya perolehi dari sebuah blog ( boleh lihat di My Fav link di sebelah side bar blog saya ini "Motivasi Surirumah") yang membicarakan mengenai memasak...iaitu memasak dari hati..menurut beliau, hati yang ikhlas memasak dengan penuh kasih sayang boleh menghasilkan hasil masakan yang elok.Apa yang beliau sampaikan memang ada benarnya.Pernah terjadi kepada saya.Di kala mood nak memasak hilang entah ke mana..(mungkin agak letih setelah menyudahkan kerja rumah yang tidak pernah sudah) hasil masakan pun kurang sambutan dari anak-anak.Nasiblah suami bukan cerewet orangnya.Di situlah saya dapat merasakan memasak perlu dari hati..hati kena tenang.Barulah hasil masakan tu ada umphh!betul tak?Begitu juga dalam hal-hal yang lain.Baik dalam urusan rumah tangga juga kerja seharian kita sekalipun.Itu tambahan daripada saya dan tak rugi kalo kita cuba amalkannya kan? :)

So, mulai sekarang sama-samalah kita bulatkan tekad untuk memasak dari hati...pasang niat yang baik-baik...demi kesejahteraan rumahtangga juga untuk kebaikan anak-anak kita.Semoga hasil air tangan masakan kita dari hati yang ikhlas penuh kasih sayang akan menjadikan anak-anak yang soleh dan solehah...aminn...


Mys ~ tgh pk nak masak apa untuk babah esok hari...babah balik!

2 comments:

Jojoe said...

waaaahhh..mesti ari ni akak masak best ni kan kak???hehehe... nak seket...

MysDear said...

hehe..x de la masak yg spesel sgt ari tu anis...juz masak masak masakan fav babah jer..:)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.